Nuffnang Ads

Saturday 13 October 2012

Fotografi: Cute+Funny=Photogenic!

Assalamualaikum... salam sejahtera... (^_^)
Apa khabar semua? Sihat? Hehe... dah lama tak taip entri di blog saya ni. Almaklumlah... sibuk dengan persediaan untuk menghadapi peperiksaan STPM yang bakal menjelang tidak lama lagi. Ah,cuaknya! Tak sampai sebulan sahaja lagi. Huhu...

Walau bagaimanapun, dalam kesibukan hendak menghadapi peperiksaan STPM ini, sempat jugalah MPP Prauniversiti di sekolah saya mengadakan sesi fotografi kelas Tingkatan Enam. Dan kamera yang digunakan ialah kamera handphone saya. Hehehe... biasa-biasa sahaja. Tiadalah guna kamera yang macam photographer profesional tu. Tangkap gambar ini pun untuk suka-suka dan buat kenangan sahaja. Dan kebanyakan gambar yang ditangkap, saya sendiri yang ambilkannya (ada seorang budak junior tolong ambilkan juga). Huhu... minat dalam bidang fotografi itu adalah tapi tidaklah sampai mahu menjadi photographer.

Okey... ini saya nak tunjukkan gambar-gambar "Sesi Fotografi Prauniversiti SMK Hulu Kelang 2012"
Cute+Funny=Photogenic! (^_^)  hehe...


**Sebelum Sesi Fotografi

Hah... ini gambar dua jejaka hangat dalam kelas saya. Yang berdiri di belakang itu KP sekolah saya. Yang di depannya pula kawan baik dia. Amboi... bukan main lagi ya posing mereka berdua ini? Hihik... ;)

Gambar candid! Hehe... comel kan? Lagi-lagi yang gadis dua orang yang sedang buat bentuk 'love' tu! Hihik... Eh, siapa yang tiba-tiba tertiarap di atas kerusi itu? Nak berenang ke? Mahu ganti Brian Lomas agaknya... hehe. Itulah satu-satu jejaka Chinese dalam kelas kami. Nama dia 
Stephen Gerard Cole (nama di Facebook). Our Londoy Boy... ;P

Hai, leng chai ini... boleh pula dia buat sesi foto secara solo di depan saya ini. Orang nak tangkap gambar beramai-ramai. Tiba-tiba dia datang melompat di hadapan saya. 



+++Seterusnya gambar-gambar candid yang lain pula. Lihatlah ekpresi muka mereka. Ada macam-macam gaya lagi. Hehehe...


Tunjuk apalah tu agaknya ya?


Macam pasangan pengantin pula dua orang yang duduk di hadapan tu...hehe >.<


Ayu+Macho (^_^)


Senyum...jangan tak senyum! :D


Opps! Tiba-tiba tumbuh tanduk dua pula...hehe :P


Empat orang anak dara pingitan. Available ke tidak ini? Hehehe...


***Sesi Fotografi Bermula



Formal... :)


Non-formal... :)


***Sesi Fotografi bagi Enam Rendah Pula



Abang yang pegang tiang itu macam pegang tiang bendera pula. Semangat patriotik berkobar-kobar. Bagus... inilah contoh pelajar Sejarah. Hihi... ;)


Hah... ini adik-adik junior saya. Manis-manis belaka... belajar rajin-rajin ya adik? :D


Posing... jangan tak posing!



Formal bersama-sama guru kelas... :)



Formal bersama-sama semua guru prauniversiti... :)



Non-formal... :)


Okey... ini sahaja yang saya mahu kongsikan. Seronok+teruja sepanjang sesi fotografi ini dijalankan.Walaupun gambar sendiri tak banyak. Huhuhu... tak apa. Saya lebih suka tangkap gambar. Gembira lihat reaksi orang lain. Ada yang happy... ada yang suka buat muka comel... ada yang gila-gila sikit. Hihik... harap-haraplah foto-foto yang ditangkap ini akan menjadi memori indah buat kami semua pada kemudian hari nanti. Insyaallah...


No comments:

Post a Comment