Nuffnang Ads

Saturday, 2 June 2012

Sajak: Hatiku Untukmu



Hati ini sesekali bergetar
Membisikkan kalimah cinta
Membisikkan rasa rindu
Setiap saat, setiap detik...


Sesekali ia bergetar perlahan
Sesekali ia bergetar laju
Mengapa?
Ah, mungkin rindu datang menjelma!
Memujuk ia supaya menari bersama
Menyanyikan lagu cinta nirwana


Detup-detap ia berbunyi
Sabarlah hati, tenanglah hati
Biarlah rindu jadi pengubat hati
Walaupun adakalanya terasa sakit
Sakit menanggung cinta
Cinta pada si dia...


Tatkala sampai masanya nanti
Hati ini akan diberikan padanya
Seluruhnya, ya seluruhnya!


Hatiku untukmu
Terimalah ia, jagalah ia...
Jangan cuba sakitinya
Kerana ia mudah rapuh
Kerana ia mudah hancur
Walau hanya dengan satu genggaman
Walau hanya dengan satu bisikan
Benci...


No comments:

Post a Comment