Nuffnang Ads

Sunday 21 July 2013

Fotografi: Mr. Smiley

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hai~ hai~ [lambai tangan dengan penuh semangatnya]

Hehe...

Erm~ erm~ tak tahu nak taip apa, tapi nak taip juga. Hoho~~

Beberapa hari yang lepas, saya terserempak dengan Mr. Smiley. Eh, Mr. Smiley? Siapa tu? Hehe... saya jumpa Mr. Smiley ini di dalam almari. Eh?? Hahaha... Mr. Smiley ini sebenarnya ialah hadiah pemberian daripada seseorang. Seseorang itu err seseorang itu... alamak, lupa pula siapa yang bagi! Hoho~ nah... apa yang penting saya sangat suka Mr. Smiley ini. Terima kasih kepada siapa yang bagi tu. [Walaupun dah lupa siapa yang bagi... hoho]

Selepas terserempak dengan Mr.Smiley ini, [tengah kemas bilik sebenarnya... haha] saya mengambil keputusan untuk mengambil dia sebagai model saya. Jyeah! Senyuman Mr. Smiley ini, tak pasal-pasal je berjaya membuatkan saya tersenyum juga. Hee... seronok tangkap gambar Mr. Smiley ini.

So... here he is~

[Hati I: Kyaa~ Mr.Smiley!]

[Hati II: Dush... dush... diam arr! Jangan overreacting sangat!]

[Hati I: Owwie~ sakit. Sob... sob...]

Ehem... ehem... guys~ jangan bergaduh okay. Ada pembaca yang nak tengok fotografi bukannya nak tengok kamu bergaduh.

[Pembaca: (--_--)"]

Erm...hehe, maaf~ maaf~ okay here he is... Mr. Smiley! Yay~~


[Mr. Smiley I]

Hati I: Mr. Smiley nampak elegant~ hoho...

Hati II: Elegant? (angkat kening)

[Mr. Smiley II]

Hati I: (diam tak terkata)

Hati II: Hoi, asal tak komen yang ini?

Hati I: Terkena panahan senyuman dia~

Hati II: (bebel sendirian)

[Mr. Smiley III]

Hati I: Woah~ Mr. Smiley dengan Mr.Transformer! Woah~ Woah~

Hati II: Ermm... yang ini nampak cool juga.

Hati I: Ehh?

Hati II: (blushing)

Hati I: Hehe... dah jatuh hati pada Mr. Smiley jugalah tu~

Hati II: Mana ada~ aku suka Mr. Transformer tu je!

Hati I: Ehh??

[Mr. Smiley IV]

Hati I: No~~ Mr. Smiley dengan Miss Teddy! Sob sob...

Hati II: Diam arr! (ketuk Hati I)

[Mr. Smiley V]

Hati I: Wah, Mr. Smiley dengan Mr.Cube! Handsome~ hehe (>.<)

Hati II: (bisik sendirian) Mr. Cube lagi handsome...

Hati I: (dengar apa Hati II cakap tapi buat-buat tak dengar)

[Mr. Smiley VI]

Hati I: Kyaa~ Mr. Smiley nampak cool bila dengar MP3. Hehe...

Hati II: (rolling eyes)

[Mr. Smiley VII]

Hati I: Lucky!

Hati II: (-_-)"

[Mr. Smiley VIII]

Hati I: Err... Mr. Smiley? Siapa tu?

Mr. Smiley: Oh, ini~ adik Cik Nira Karmila. Hehe... dia khusyuk sangat main game sampai tak sedar dia pun menjadi model seperti saya.

Hati I: Waa~ Mr. Smiley balas cakap saya! Waa~ waa~ 

Hati II: Behave yourself, please! (Ketuk Hati I sekali lagi)

Mr. Smiley: Pfft... (senyum)

Hati I: Kyaa~ Mr. Smiley senyum!

Hati II: Diam arr! (kali ini belasah Hati I dengan lebih teruk lagi)


-THE END-
Capture by Nira Karmila. :)


Tuesday 16 July 2013

Fotografi: Lantana Camara

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hai-hai...hehe. (^_^)//
Maaf sebab sudah lama tidak update blog.
Waaa~~ sumimasen! (>_<)

Sebenarnya bukan apa...
Saya lebih suka membaca dan membaca dan membaca.
Huahua...

[Alasan sebenarnya tiada idea nak update pasal apa. Huhu...]

Disebabkan oleh sesuatu perkara yang err tidak dapat dielakkan, saya tidak dapat update blog ini dengan lazimnya. Namun, in shaa Allah... selepas raya saya akan update dengan lazimnya. In shaa Allah... [sob sob sob]

Oh, tetiba semalam saya dapat idea untuk mengupdate blog yang sudah agak bersawang ini. Huhu... dah ada labah-labah singgah dah, siap buat rumah lagi di sini. Huhu... namun kedatangan labah-labah ini dialu-alukan. Hihi... saya suka labah-labah. Agak fanatik jugalah dengan labah-labah. Waa... teringin nak tangkap gambar labah-labah tapi tak ada kamera yang sesuai untuk tangkap gambar fokus dekat. Huu...

[Okay, awak dah merepek wahai Cik Nira Karmila. Apa fokus topik entri ni sebenarnya?]

Opps~ tersasul taip perkara lain. Hehe...maaf maaf. (>_<)>

Ya, kembali kepada topik asal entri ini! Jeng~ jeng~ jeng~

Lantana Camara! Haa... siapa tahu apa itu Lantana Camara?

[Krikk krikk~ krikk krikk~]

Err... saya baru perasan yang saya taip sorang-sorang dan bertanyakan soalan kepada orang yang belum tentu akan baca entri ini. Hoho~ maafkan ke-hyper-an saya pada pagi ini.

Sebenarnya Lantana Camara ialah nama saintifik kepada pokok bunga tahi ayam. Ehh, bunga tahi ayam? Hehe... walaupun namanya agak kurang enak didengar namun bunga tahi ayam ini sebenarnya sangat cantik. Saya suka lihat bunganya yang kecil-kecil dan berwarna-warni. Ya, teramat suka sehingga saya mengambil keputusan untuk menangkap gambar bunga tahi ayam ini lalu dimasukkan ke dalam entri fotografi kali ini. Jyeah!

Okay. Seimbas lalu mengenai Lantana Camara ini yang dipetik daripada Encik Wikipedia. Hoho~

*** 
[Sila baca dengan nada garau dan formal...hoho]

"Pokok Bunga Tahi Ayam atau juga dikenali sebagai Bunga pagar mempunyai nama saintifik Lantana Camara. Ia merupakan spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga verbena, Verbenaceae, yang berasal daripada Amerika Tropik. Ia telah disebarkan ke bahagian lain dunia sebagai tumbuhan hiasan dan dianggap spesies invasif di kebanyakan kawasan tropik dan separa-tropik.

Pokok Bunga Tahi Ayam (Lantana Camara) merupakan sejenis pokok berbunga yang mempunyai bentuk yang cantik tetapi berbau kurang menyenangkan.

Ia merupakan sejenis pokok renek berbulu dan digunakan dalam perubatan Melayu.

Terdapat sekitar 100 jenis Lantana Camara. Ketinggiannya boleh mencapai 3-5 kaki. Kelebaran tumbuhan ini boleh mencapai hingga ke 8 kaki. Batangnya berduri dan daunnya pula berbau yang kurang menyenangkan. Bunga tumbuhan ini berbentuk payung dan mempunyai pelbagai warna antaranya ialah kuning, merah jambu, ungu dan kuning kemerahan.

Warna bunga ini juga berubah megikut peringkat iaitu daripada warna putih ke warna kuning, warna jingga ke warna merah dan warna pink ke warna ros kemerahan. Perubahan warna ini berubah mengikut iklim. Kebiasaannya tumbuhan renek ini hanya didapati di negara-negara beriklim lembap sahaja. Buahnya pula berbentuk tangkai, berwarna hijau, merah dan biru kehitaman. Pokok Lantana Camara ini lazimnya sangat jarang dirosakkan oleh serangga ataupun haiwan, hal ini kerana pokoknya yang beracun."

*** 
Haik... itulah serba-sedikit info daripada Encik Wikipedia kita. Hoho~

Dan jeng jeng jeng~

Ini pula gambar-gambar yang telah saya tangkap dan edit semalam. Ya, edit. Tak ada original di sini. Haha... enjoy the pictures!!! (^_^)//

[Bunga tahi ayam ini sebenarnya ialah kepunyaan emak saya. Ya... sekali lagi pokok bunga emak saya menjadi mangsa saya. Hoho~]

[Lantana Camara I]

[Lantana Camara II]

[Lantana Camara III]

[Lantana Camara IV]

[Lantana Camara V]

[Lantana Camara VI]

[Lantana Camara VII]

[Lantana Camara VIII]

-THE END-
Capture by Nira Karmila. :)


Tuesday 2 July 2013

Sajak: Dia Hanya Biasa



Dia hanya biasa
Tiada istimewanya mengenai dia

Dia hanya senyum
Bagaikan itu tabiat biasanya

Dia hanya peramah
Dengan insan bernama kawannya

Dia hanya dia
Yang berjaya mencuri hati kita.