“Kopi apa ni?
Tak sedap langsung tahu tak? Saya nak kopi yang lain, dengar tak?”
Lola
terdengar teriakan seseorang. Ketika itu dia sedang membancuh kopi permintaan
pelanggannya. Dia yang berada di dapur berasa tidak selesa mendengar teriakan
itu. Yalah, nanti pelanggan-pelanggannya lari pula. Pasti mereka menganggap kedai
Lola De’Cafe ini bukan tempat yang aman dan tenteram untuk menikmati secawan
kopi ataupun untuk bersantai.
Lola
menghela nafas perlahan. Dia cuba mencari kekuatan untuk menangani pelanggan
Mulut-Macam-VIP-Lah-Sangat-Tu...
Lola
melangkah ke meja pelanggan tersebut. Oh, lelaki rupanya! Patutlah mulut macam
tak ada insurans. Nanti kau... monolog Lola. Hatinya yang panas cuba disejukkan
dengan senyuman manis di bibirnya.
“Nurin...
awak boleh pergi ke belakang. Biar saya uruskan perkara ni.” Lola meminta
pekerjanya yang dimarahi tadi supaya beredar. Nurin mengangguk perlahan. Sugul.
Gadis itu kemudiannya berlalu. Meninggalkan Lola dengan pelanggan yang
Mulut-Macam-VIP-Lah-Sangat-Tu.
“Ya,
encik. Ada apa yang boleh saya bantu?” Lola bertanya lembut walhal di dalam
hatinya rasa macam seratus biji bom yang bila-bila masa sahaja akan meletup.
Lelaki
tinggi lampai yang berdiri di hadapannya terdiam kaku. Tidak berkata apa-apa.
Lola pelik melihat reaksi lelaki itu. Padahal tadi dialah makhluk yang paling
bising sekali di dalam kedai milik Lola itu. Lola menghadiahkan senyuman. Cuba
menarik perhatian lelaki itu supaya membalas soalan yang ditanyanya tadi.
“Encik...
hello, are you okay?” tanya Lola
sekali lagi. Dia melambai-lambai tangannya di hadapan muka lelaki itu. Tak lama
kemudian barulah lelaki itu memberi reaksi. Dia menggelengkan kepalanya
perlahan.
“Er,
maaf. Apa yang awak tanya tadi?” Soal lelaki itu pula.
“Saya
tanya, ada apa-apa ke yang boleh saya bantu? Sebab tadi awak bising-bising.
Saya pengurus Lola De’Cafe ini.” Lola bersuara tenang. Dia cuba bersikap
profesional. Kalau ikutkan hati, memang dia mahu terajang aje pelanggan
Mulut-Macam-VIP-Lah-Sangat-Tu.
“Kopi
ni ada masalah. Saya minta Caramel
Machiatto bukannya Cappuccino.
Memanglah nampak sama. Tapi rasanya lain,” ujar lelaki itu perlahan. Matanya
tidak henti-henti merenung Lola. Lola berasa tidak selesa pula ditenung sebegitu.
Dia terasa seperti ada sang harimau yang bila-bila masa sahaja hendak membaham
dirinya. Meremang pula bulu roma Lola apabila dia terfikir sedemikian.
“Kalau
begitu, saya akan buatkan untuk encik, Caramel
Machiatto. Maafkanlah atas kesilapan pekerja saya tadi. Mungkin dia
tersilap hantar ke meja encik. Mungkin Cappuccino
ini untuk pelanggan yang lain. Kopi yang ini encik tak payah bayar. Free of charge. Encik tunggu sebentar.
Sekejap lagi Caramel Machiatto yang
encik pesan akan sampai.” Lola meminta diri selepas itu. Lelaki itu kemudiannya
terduduk di kerusinya. Tersenyum perlahan sambil matanya tidak lekang
memerhatikan gerak-geri Lola.
![]() |
Lola |
Cantiknya!
Macam minah Arab. Tinggi lampai pula tu. Rambutnya dipotong pendek ala gaya supermodel gitu. Hish, bergetar jantung
ni ketika berhadapan dengan dia tadi. Kenapa, ya? Adakah aku sudah jatuh cinta
pandang pertama? Hish, mengarutlah! Lelaki itu kemudiannya duduk bersilang
kaki. Dia menunggu dengan sabar kopi yang dipesannya tadi. Tidak lama kemudian,
kopi yang dipesan tiba. Yang menghantarnya ialah Minah Arab itu sendiri.
“Ini
dia Caramel Machiatto yang encik pesan.
Silalah nikmatinya.” Lola memberikan senyuman manisnya. Lelaki itu terpana.
Kemudiannya mengucapkan terima kasih dengan suara perlahan. Lola beredar.
Memberikan privasi kepada lelaki itu supaya dapat menikmati kopi yang
dipesannya tadi.
Lelaki
itu masih memerhatikan gerak-geri Lola. Kemudian barulah matanya beralih untuk
menikmati Caramel Machiatto
kesukaannya. Dia tersenyum apabila melihat lukisan buih yang terbentuk di dalam
cawan kopi di hadapannya. Lukisan buih smiley
terbentuk cantik dan kemas. Ah, macam-macam! Lelaki itu tersenyum lagi.
Kemudian dia pun menghirup air kopi kesukaannya itu.
***
“Aunty
Lola.” Lola menoleh ketika namanya dipanggil. Di pintu hadapan kedai dia
terpandang dua anak kecil yang comel. Itulah anak-anak saudaranya. Seorang
lelaki dan seorang lagi perempuan. Yang lelakinya ialah abang bernama Tariq.
Adiknya pula bernama Jasmin. Kedua-duanya berumur lima tahun dan tiga tahun.
Tariq
dan Jasmin berlari mendapatkan Lola. Mereka memeluk kaki Lola sebaik sahaja
dekat dengan ibu saudara mereka itu. Lola tersenyum. Terhibur dengan keletah
anak-anak saudaranya itu. Tak lama kemudian dia terpandang akan abang sulungnya
masuk ke dalam kedai miliknya itu. Abangnya yang bernama Afiq terus duduk di
salah sebuah kerusi yang berada di hadapan kaunter tempat membancuh kopi.
Lelaki itu meletakkan kedua tangannya ke atas meja kaunter lalu mendagu. Nampak
comel pula apabila abangnya berkelakuan seperti itu.
“Sibuk
ke?” tanya abangnya. Lelaki itu kemudiannya senyum. Lola terasa seperti ada
sesuatu yang abang sulungnya hendak kenakannya. Abangnya itu memang pantang
kalau ada masa lapang. Ada sahaja idea hendak mengenakan adik perempuannya yang
seorang sahaja itu.
“Kenapa?
Hah, adalah tu benda nak kenakan orang. Tengok senyuman tu aje orang dah tau,”
ujar Lola sinis. Dia menjeling abangnya yang automatik tersengih sebaik sahaja
dia membalas kata abangnya itu.
“Lah,
setiap kali tengok muka abang je mesti kata abang nak kenakan dia. Padahal mood orang tengah baik hari ni. Senyum
itukan sedekah. Tak boleh ke abang senyum pada adik abang ni?”
“Apa-apalah,”
balas Lola pendek. Malas mahu melayan abangnya. Walau bagaimanapun timbul pula
rasa simpati apabila terkenangkan kisah hidup abangnya itu. Yalah, isteri
abangnya telah meninggal dunia sebaik sahaja melahirkan Jasmin. Pada waktu itu
hidup abangnya bergolak kerana syarikat tempat abangnya bekerja dahulu banyak
membuang pekerja termasuklah abangnya sendiri. Hidup abangnya ketika itu ibarat
sudah jatuh ditimpa tangga pula. Berturut-turut kesusahan datang melanda
abangnya. Namun demikian abangnya tabah menghadapi dugaan. Dia langsung tidak
merungut mahupun mengeluh dengan badai ujian yang melanda dirinya.
“Eh,
itu Aunty Teddy kan? Yay, Aunty Teddy datang.” Tariq dan Jasmin meloncat-loncat
kegembiraan ketika melihat kelibat kawan baik Lola masuk ke dalam kedai Lola
De’Cafe. Kedua-dua anak kecil itu terus memeluk kaki Teddy sama seperti yang
dilakukan oleh mereka pada Lola tadi.
“Hei,
Tariq dan Jasmin. Patut ucap apa apabila bertemu dengan orang lain?” tanya
Teddy dengan lembut. Gadis yang bertudung ala Wardina itu menghadiahkan
senyuman ketika berhadapan dengan anak-anak saudara Lola itu.
“Assalamualaikum,
Aunty Teddy.” Kedua-dua anak kecil itu mengucapkan salam serentak. Teddy
menjawab salam mereka lalu duduk berlutut dan memeluk kedua-dua anak kecil itu
dengan penuh kasih sayang.
“Aunty
Teddy ada hadiah untuk kamu berdua. Cuba teka apa hadiah tu?”
“Coklat,”
jawab kedua-dua anak kecil itu serentak. Mereka masih lagi berada dalam pelukan
Teddy.
“Betul.
Pandailah anak-anak Encik Afiq ni,” kata Teddy. Matanya sempat menjeling abang
sulung Lola. Abang sulung Lola hanya tersenyum. Dia langsung tidak berkata
apa-apa.
“Nah,
coklat untuk kamu berdua.” Lola memberikan dua bar coklat jenama Cadbury kepada
Tariq dan Jasmin. Mereka mengucapkan terima kasih lalu menghadiahkan ciuman di
pipi Teddy. Teddy tertawa dengan telatah mereka itu.
“Amboi,
bukan main lagi ya dengan Aunty Teddy tu! Dengan Aunty Lola tak ada pun sampai cium-cium
pipi. Ni yang buat Aunty Lola jealous
ni.” Lola mencebik. Dia melirik manja kepada kedua-dua anak saudaranya itu.
Mereka tersengih menunjukkan gigi-gigi mereka yang kecil dan tersusun rapi itu.
“Aunty
Lola tak bagi coklat. Macam mana kami nak bagi kiss?” balas mereka.
“Eee,
dah pandai sekarang ni ek!” Lola mencubit geram kedua-dua pipi Tariq dan
Jasmin. Mereka mengaduh kesakitan walaupun sebenarnya Lola hanya mencubit
manja.
“Teddy...
duduklah dulu. Kau nak air apa? Aku boleh tolong buatkan tapi kena bayarlah.”
Lola tersengih.
“Lah...
dengan kawan pun nak berkira ke?” balas Teddy.
“Eh,
mestilah! Kalau tak, business aku tak
jalan mak cik oi.”
“Apalah
adik ni. Bagilah free air kat kawan
tu. Tak apalah, Teddy. Biar Abang Fiq belanja. Kalau harapkan Lola ni, memang
kedekut tahi hidung masin.” Afiq mengutuk adiknya sendiri. Lola mencebik. Malas
mahu membalas kata-kata abangnya.
“Okaylah kalau macam tu. Cik Lola, tolong
buatkan saya teh tarik panas. Buat sedap-sedap tau,” ujar Teddy. Mukanya serius
walhal sebenarnya dia nak tergelak. Tapi gelaknya cuba ditahan.
“Amboi,
banyak cantik! Kau ingat ni kedai mamak ke, nak tarik-tarik. Kalau nak, tarik
sendirilah,” balas Lola sambil bercekak pinggang. Teddy terkukik-kukik ketawa.
Afiq dan anak-anaknya pun turut serta. Mereka tahu Lola hanya pura-pura marah
sahaja. Lagipun memang susah sebenarnya hendak melihat Lola marah kecuali kalau
memang dah penuh sangat isi bom dalam kemarahannya itu, ha... memang meletup
habislah jawabnya!
“Alah,
kau macam tak tahu pula favourite air
aku... tolonglah buatkan, Cik Lola sayang.” Teddy memeluk bahu Lola manja. Muka
Lola yang masam tadi, kini berubah manis.
“Yalah, yalah... nasib baik kau ni bestfriend
aku tau tak? Kalau tak, heh... malas aku nak layan kau!” Lola terus mengambil
beberapa cawan bersih, mahu menyiapkan pesanan air yang diminta oleh kawannya
itu juga abang dan anak-anak saudaranya.
Sambil
menyiapkan pesanan air, mata Lola sempat juga mengerling keletah anak-anak saudaranya
yang dilayan baik oleh Teddy. Abang Afiq pun turut sama melayan anak-anaknya,
sekali-sekala lelaki itu berbalas senyuman dengan Teddy. Hmm... ada apa-apa ke
mereka berdua ni? Semacam aje senyuman mereka yang saling berbalas tu... Mulut
Lola muncung. Cuba berteka-teki di dalam hatinya. Manalah tau kut-kut mereka
berdua memang ada apa-apa... hehe, alamatnya dapat rasa nasi minyaklah aku
nanti. Lola tersenyum kecil dengan angan-angannya sendiri.
“Hei, Lola...
siapa lelaki yang duduk kat ceruk tu? Sejak dari tadi dia asyik pandang kau
aje. Stalker kau ke tu?” Tiba-tiba
Teddy datang berbisik ke telinga Lola.
Lola terkejut.
“Hish, kau ni! Terkejut aku tau. Cubalah bagi salam ke apa ke? Ini tak... main
terjah aje. Nasib baiklah aku ni tak ada heart
attack tau. Kalau tak, hah... kaku aku kat sini. Tak gerak-gerak.” Lola
memukul bahu kawannya itu kuat. Saja... mahu balas dendam! Lola mengetap
bibirnya yang mungil itu. Geram dengan Teddy yang suka sangat mengusiknya kalau
ada masa lapang. Sama ajelah dengan perangai Abang Afiqnya itu. Hmm... memang
sepadanlah pun kalau dinikahkan. Bagai pinang dibelah dua... bagai cincin
dengan permata... bagai irama dan lagu... bagaiii... hmm, banyak sangat
perumpamaan untuk mereka berdua ni! Boleh sampai beribu-ribu kalau nak
difikirkan. ( Hiperbolanya!)
Teddy tersengih
mendengar bebelan Lola. “Tak adalah. Kau ni pun khusyuk sangat buat kerja tu.
Fikiran menerawang entah ke mana-mana, sampai tak sedar orang lain tenung dia
semacam.”
Fikirkan kaulah,
mak cik! Getus hati kecil Lola. Sempat juga dia mengukir senyuman kecil. Tak
boleh nak senyum lebar-lebar, nanti mak cik ni perasan pula. Apa pula aku nak
jawab nanti?
Lola mengerling
lelaki yang disebut Teddy tadi. Ah, mamat ni lagi! Apa lagi yang dia buat kat
sini? Boleh dikatakan tiap-tiap hari dia datang ke kafe aku ni. Memanglah dia
tu boleh dikira pelanggan tetap tapi kalau dapat pelanggan tetap yang stalker, siapa yang nak? Aku? Lagilah
tak nak...
“Entah. Aku pun
tak kenal siapa dia tu... memang tiap-tiap hari datang sini tapi asal-usulnya
aku tak tau. Lagipun apa kena-mengena dia dengan aku?” Lola menjawab endah tak
endah. Malas mahu berkata apa-apa mengenai lelaki itu. Bosan. Bengang pun ada.
Rimas pun ada. Semua perasaan itu bercampur-baur menjadi segumpalan perasaan BENCI.
Huh...
“Pergilah ambil
pesanan dia. Aku tengok semua pekerja kau ni sibuk belaka. Kau aje yang free sekarang ni. Sambil-sambil tu, kau
tanyalah dia kenapa datang sini tiap-tiap hari dan kenapa dia tenung kau macam
nak ‘ngap’ kau aje?” Teddy membuat gaya harimau mahu menerkam mangsanya. Lola merengus
perlahan. Hendak tak hendak, akhirnya dia melangkah juga menghampiri meja
lelaki ‘stalker’ itu.
“Assalamualaikum,
encik. Ada apa yang encik mahu pesan?” tanya Lola bersahaja. Nada suaranya cuba
dilembutkan. Melayan pelangganlah katakan...
“Waalaikumusalam.
Err... saya nak pesan yang macam biasa.
Lagipun awak dah tau favourite air
saya, kan?”
“Okay...” Lola
menjulingkan matanya. Tanda menyampahlah tu... “Lagi?”
“Saya nak awak
boleh?”
“Hei, apa ni?
Melampau tau tak. Awak ingat saya ni perempuan murahan ke nak beli
senang-senang macam tu aje.” Lola mulai berang. Panas di hatinya semakin
meruap-ruap. Gejolak berapi di jiwanya cuba ditahan agar tidak terlepas begitu
sahaja.
“Sebab itulah
saya nak awak. Sebab saya tahu awak bukan perempuan murahan.”
Pang!
Lelaki yang
telah ditampar oleh Lola itu memegang pipi kanannya. Riak mukanya pada waktu
itu kelihatan begitu terkejut. Mungkin dia tidak menyangka Lola akan bertindak
di luar jangkaannya.
“Saya minta awak
keluar dari kedai ini...” Lola cuba menahan suaranya dari melantun tinggi.
Suaranya yang bergetar perlahan dan berbunyi seakan-akan marah itu menandakan
kesabarannya sudah semakin menipis. “...kalau awak tak nak tengok saya naik
hantu.”
Teddy dan Abang
Afiq yang melihat kejadian yang tidak disangkakan itu, perlahan-lahan
menghampiri Lola. Mereka berdua berdiri di belakang Lola. Bersiap siaga.
Manalah tahu kalau-kalau Lola akan mengamuk macam gorilla ke nanti, boleh juga
mereka cuba tenangkan wanita yang berumur pertengahan 20-an itu. Lagipun semua
orang yang berada di Lola De’Cafe ini sudah memberi tumpuan kepada ‘drama
sebabak’ yang ‘dilakonkan’ oleh Lola dan lelaki yang kena tampar itu. Free show pula tu. Tak payah bayar satu
sen pun.
“Terima kasih.”
Itu sahaja ucapan yang diberikan oleh lelaki itu kemudian perlahan-lahan dia
pun bangkit dari kerusi dan beredar dari Lola De’Cafe.
Lola terpana.
Mana tidaknya... orang dah tampar dia, dia boleh ucap terima kasih? Tak ke pelik
bin ajaib? Tiba-tiba sekelumit perasaan bersalah terbit di hati Lola. Dia tak
pasti kenapa, tapi apa yang pasti hatinya betul-betul berasa sakit pada waktu
itu. Terasa sukar bernafas pun ada juga. Alahai... Lola hanya mampu mengeluh
berat sahaja. Teddy pula menepuk perlahan bahu Lola. Cuba melembutkan hati
sahabatnya itu dari api kemarahan. Abang Afiq hanya menggelengkan kepalanya. Seperti
biasa dia tidak berkata apa-apa.
***
Hello!
Awak apa khabar? Saya harap awak sihat hari ini dan juga hari-hari yang
mendatang. Kalau
awak tanya saya sihat ke tak hari ini, saya nak minta maaf dululah. Sebab
saya tak sihat hari ini... rindukan awak! Ah, cinta! Saya rasa saya demam
rindulah. Macam
mana nak ubatkan demam saya ni ek? Kena jumpa awak kut baru dapat sihat. Apa-apa
pun semoga hari ini awak lebih ceria dan bersemangat! Smile always.
From
Mr.Z
Lola menutup kad
ucapan yang dihantar kepadanya. Kad itu diiringi sejambak bunga ros merah. Dia
tersenyum dalam kekeliruannya yang tersendiri. Entah kenapa setiap kali dia
membaca kad ucapan yang dihantar setiap hari itu, dia pasti akan tersenyum
malah moodnya juga akan bertambah
ceria tiba-tiba. Kenapa ek? Ah, dia sendiri pun tidak pasti dengan perasaannya
sendiri.
“Dapat lagi kad
ucapan daripada Mr. Z tu?” Teddy yang entah dari mana muncul menegur Lola yang
berdiri di hadapan kaunter tempat membancuh air. Wanita bertudung itu tersengih
apabila Lola menghadiahkannya dengan jelingan tajam.
“Hmm...” Itu
sahaja jawapan Lola. Malas mahu melayan sahabatnya itu. Lola kemudiannya
menyimpan kad ucapan itu di dalam poket apron yang dipakainya. Teddy tersengih
lagi apabila melihat Lola bertindak sedemikian.
“Benci pun
simpan juga kad tu. Cakap ajelah awak suka kat Mr. Z tu. Tak payah nak
malu-malulah dengan sahabat baik awak ni.” Teddy menyindir. Keningnya beberapa
kali terangkat menandakan dia tengah mengusik Lola.
“Suka hatilah
orang nak simpan macam mana pun. Sibuk ajelah. Pergi main jauh-jauh. Orang
banyak kerja ni nak buat.” Lola menolak belakang kawannya itu ibarat menyuruh
kawannya cepat-cepat beredar daripada situ.
“Alah... baru
ingat nak kacau. Tapi tak apalah. Lagipun aku ada date lepas ni.” Teddy tersengih lagi. Lola pelik dengan sikap
kawannya itu. Entah kenapa hari ini kawannya itu asyik tersenyum aje. Kalau tak
tersenyum, dia mesti tersengih. Hmm... sebiji macam kerang busuk!
“Date? Dengan siapa pula ni? Setahu aku,
kau ni mana ada boyfriend. Hah... kau
dah ada boyfriend ke? Asal aku tak
tahu ni? Cer citer...cer citer...” Lola bersuara teruja. Melompat-lompat dia
kerana ingin tahu perkembangan terbaru kawannya itu.
“Eh, tadi kata
ada banyak kerja! Ah, malas nak cakap dengan kau dah! Okay... aku pergi dulu. Muahh...” Sempat Teddy mencium pipi Lola
sebelum dia beredar. Lola pula terpinga-pinga. Apahal minah ni? Tiba-tiba jadi
romantik ni. Sejak bila pula ni?
Lola hanya mampu
menggelengkan kepalanya. Tak tahu lagi mahu kata apa-apa...
“Cik Lola, ada seorang
lelaki nak jumpa Cik Lola. Dia cakap nama dia Altaf,” beritahu Nurin, pekerja
Lola sambil menunjuk ke arah pintu masuk Lola De’Cafe.
“Altaf?” Lola
pelik. Yalah, mana dia ada kawan yang bernama Altaf. Lelaki pula tu...
Lola mengikut
arah yang ditunjukkan oleh Nurin tadi. Sesampai sahaja di situ, dia terkejut
kerana lelaki yang ingin berjumpa dengannya itu membawa sejambak bunga ros dan
satu bar coklat yang terletak cantik di tengah jambangan bunga itu.
Lelaki yang
bernama Altaf itu tersenyum apabila ternampak Lola menghampiri dirinya.
Kemudian tangannya menghulur jambangan bunga yang dibawanya kepada Lola.
“Untuk saya?”
tanya Lola.
“Ya.” Altaf
masih tersenyum.
Lola mengambil
jambangan bunga di hadapannya itu teragak-agak. Tapi apabila matanya dapat
menangkap sekeping kad yang terselit kemas di dalam jambangan bunga itu,
cepat-cepat dia ambil dan membukanya untuk dibaca.
Saya
nak datang jumpa awak hari ini. Rindukan awak sangat-sangat!
Mr.Z
“Saya suka pada
awak. Sejak kali pertama saya tengok awak lagi,” bicara Altaf.
Lola memejamkan
matanya. Tiba-tiba tanpa dia sedar, air matanya mula mengalir laju di pipinya.
Dan kemudian, tangisan perlahannya berubah menjadi teresak-esak pula. Semua
orang yang ada di kafe itu memandang Lola yang sudah duduk mencangkung sambil
menangis teresak-esak. Altaf serba-salah. Dia sendiri tak tahu punca Lola
menangis tiba-tiba.
“Kenapa awak
menangis?” Pertanyaan Altaf ini membuatkan tangisan Lola semakin kuat.
Bertambah serba-salahlah Altaf lagi. Apahal minah ni? Nangis kuat pula tu.
Aduhai...
“Lola?”
Lola merenung ke
atas. Eh, stalker aku? Apa dia buat kat
sini? Lola mengesat air matanya di pipi. Persis anak kecil apabila dia berbuat sebegitu.
“Bukan awak ke?”
tanya Lola tiba-tiba. Dia masih lagi duduk mencangkung.
“Bukan apa?” tanya
lelaki stalker itu kembali.
“Yalah, orang yang
bagi bunga, kad dan coklat ni?” tanya Lola lagi.
Lelaki stalker itu tersenyum. Baru sahaja hendak
jawab, Lola memintas dahulu percakapannya, “Altaf yang kasi ke selama ni?”
Lelaki stalker itu dan Altaf saling berpandangan.
Kemudian mereka berbalas senyuman tiba-tiba. Lola pelik.
Dengan riak innocentnya Altaf menjawab, “Saya tak kata
semua benda ni dari saya. Saya cuma cakap saya suka akan awak aje.”
“Habis tu, siapa
yang bagi?”
Altaf menunjuk ke
arah lelaki stalker yang berada di sebelahnya.
Lelaki itu pula buat muka innocent macam
Altaf tadi.
Lola bangun perlahan-lahan
dari cangkungnya. Dia berlalu ke belakang dapur meninggalkan kedua-dua lelaki itu
terpinga-pinga. Kemudian dia kembali semula membawa banyak bunga, kad dan coklat
yang tersusun rapi dalam sebuah kotak besar. Lola hampir hendak tergelak ketika
matanya terpandang kedua-dua lelaki itu terlopong.
“Awak tak makan ke
coklat-coklat tu?” soal lelaki stalker
itu. Mukanya ketika itu memang betul-betul terkejut. Macam nampak hantu pula.
“Tak. Nanti saya
gemuk.”
Lelaki stalker itu
ketawa.
“Sebenarnya saya
sayang nak makan coklat-coklat tu,” ujar Lola tentang perkara sebenar.
“Sayang sampai tak
nak makan?” Lelaki stalker itu tersengih
dengan pertanyaannya sendiri. Agak-agaknya dia sudah tahu apa isi hati Lola.
“Lola, Lola, Lola!”
Teddy datang tiba-tiba. Gadis itu tidak henti-henti memanggil Lola. Sesampai sahaja
di hadapan Lola, dia terus memeluk Lola sambil ketawa dengan riangnya.
“Ni kenapa ni? Terloncat-loncat...”
soal Lola. Pelik dengan sikap kawannya itu. Tiba-tiba datang, happy-happy... panggil nama aku. Dahlah orang
tengah ada problem besar ni. Hish, mengganggu
betul! Tak kena timinglah beb!
“Abang Afiq lamar
aku!” ucap Teddy. Mukanya nampak bercahaya ketika itu. Menandakan excited sangatlah tu.
“Betul ke?” Lola
tak percaya dengan berita yang baru didengarnya. Dia menekup mulutnya.
“Yup.” Teddy mengangguk
laju. Terloncat-loncat gadis itu di hadapan Lola. Langsung tidak kisah akan orang
sekeliling yang memandangnya.
“Congrats, dear.” Lola memeluk sahabatnya erat. Dia
turut tumpang kegembiraan Teddy itu. Yalah, kan kawannya itu nak kahwin dengan abangnya
juga? Mestilah gembira oit... hmm, memang betullah tekaan aku selama ni. Memang
mereka ni ada ‘apa-apalah’. Hihi...
“Ehem-ehem...”
Lola berhenti memeluk
kawannya itu. Opss, terlupa pula! Ada dua orang mamat yang tengah tercongok kat
depan dia ni. Haish... macam mana boleh lupa ni?
“Sorry... terlupa pula ada orang lain lagi
kat sini.” Lola tersengih.
![]() |
Zikri |
“Err... nama saya
Zikri.” Lelaki stalker itu akhirnya memberitahu
nama sebenarnya. Dia menghulurkan salam dan salamnya disambut oleh Lola.
“Lola...” Lola menghadiahkan
senyuman.
“Tahniah,” ucap Zikri
pada Teddy pula. Teddy mengucapkan terima kasih. Tersipu-sipu dia di sebelah Lola.
“Err... how about you and me?” soal Zikri tiba-tiba.
“How about us?”
“Yalah... kita...”
Jari telunjuk Zikri menunjuk ke arah Lola dan dia. Kemudian kedua-kedua jari telunjuknya
disatukan.
Berkerut muka Lola
hendak menganalis signal yang diberikan oleh Zikri itu. Dia menoleh ke arah Teddy
yang berada di sebelahnya. Kawannya itupun sama juga seperti dia. Tercongok tak
faham.
“Kahwin?” beritahu
Zikri akhirnya apabila Lola tak faham signal yang diberi.
“What? Are you proposing me now?”
Zikri menggaru kepala
yang tidak gatal. Perlahan-lahan lelaki itu mengangguk.
“Biar betul? Kita
bukan baru kenal ke?” Mulut Lola terlopong tidak percaya. Teddy pun sama.
“Tak salah kan?”
Zikri berbalas pandang dengan Altaf. Altaf mengangguk tanda bersetuju dengan pandangan
Zikri. Tapi kemudiannya dia mendepakan tangannya di hadapan Zikri.
“Eh, tapi aku pun
suka dia juga!” Altaf berkata tidak puas hati. Dia menoleh ke belakangnya. Sempat
dia memberi senyuman kepada Lola kemudian mukanya dipalingkan semula menghadap Zikri.
“Mana boleh? Aku
jumpa dia dulu.” Zikri menolak tubuh Altaf ke tepi. Mahu berdepan dengan Lola tapi
dihalang oleh Altaf sekali lagi.
“Aku dulu yang cakap
aku suka dengan dia.” Altaf masih lagi tidak mahu beralah.
“Eh, bukan aku ke?”
“Tu kau tulis dalam
kad aje. Aku cakap face to face.”
“Wait, wait... apa yang kau orang merepek ni?” Lola
bengang. Dia berdiri di tengah-tengah kedua lelaki itu. Menghalang mereka daripada
bergaduh.
Teddy yang tidak
tahan dengan adegan ‘drama pergaduhan budak kecik’ itu akhirnya ketawa tiba-tiba.
Sampai keluar air mata pula tu. Tak tahan sangatlah tu...
“Lola...haha, biar
betul wei. Ramai betul peminat kau ni. Mana satu yang kau nak?” kata Teddy sambil
diselangi tawanya.
“Haish, entahlah!
Bagi aku fikir dululah. Aku pun dah pening kepala ni.” Lola beredar ke kaunter.
Dia menyambung kerjanya kembali. Langsung tidak melayan Altaf dan Zikri lagi dah.
Kedua-dua lelaki itu mengekori Lola. Tidak henti-henti berperang mulut hendak menentukan
siapa yang boleh mendapatkan Lola.
Teddy dari jauh masih
lagi ketawa. Seronok melihat perkara yang tidak disangkakan itu. Ini kalau nak buat
drama pun boleh ni. Drama petang-petang tu...macam kat TV3 tu...
“Teddy...” Teddy
menoleh apabila namanya dipanggil.
Opss, buah hati dah
sampai!
Teddy tersenyum gembira
menghampiri Abang Afiq. Setelah sekian lama menanti... akhirnya dia dapat juga kebahagiaan
yang dicarinya selama ini. Sengsara yang dirasai dahulu kini diubati dengan kebahagiaan
sekarang. Dia juga berharap Lola akan mendapat kebahagiaannya sendiri. Walaupun
dikejar oleh dua jejaka... hihi... Teddy terkukik-kukik ketawa.
Doakan kebahagiaan
kami di Lola De’Cafe ya?
********************************************************************************
p/s : Selesai juga akhirnya! Yay...hehe so at the end, ending untuk Teddy membahagiakan bukan? Walaupun dia sengsara dulu pada mulanya. And Lola pula...well dia dah dapat 2 stalker dah tu...hehe terpulanglah pada dia nak pilih yang mana satu.. ;)
********************************************************************************
p/s : Selesai juga akhirnya! Yay...hehe so at the end, ending untuk Teddy membahagiakan bukan? Walaupun dia sengsara dulu pada mulanya. And Lola pula...well dia dah dapat 2 stalker dah tu...hehe terpulanglah pada dia nak pilih yang mana satu.. ;)
No comments:
Post a Comment