Nuffnang Ads

Saturday 12 January 2013

Sajak: Ini Pertarungan Kita



Ini pertarungan kita
Pertarungan antara kau dan aku
Tiada sesiapa pun yang mampu menghalangnya
Walau sekuat manapun insan itu
Walau sehebat manapun insan itu
Kerana ini pertarungan kita
Pertarungan hati
Pertarungan emosi
Pertarungan imaginasi
Biar sampai ada tangisan mengalir
Biar sampai ada jeritan bergema
Biar sampai ada pihak yang rebah
Biar sampai ada antara kita yang mengalah
Barulah pertarungan ini berakhir
Berakhir dengan ketenangan
atau berakhir dengan keperitan
Penentunya ialah pilihan kita sendiri.


*Sajak ini didedikasikan khas buat alien-alien yang suka cari gaduh dengan saya. 
Haha.. :P*

Sajak: Mimpi





Kelopak mata terbuka, perlahan...
Dalam kelam, dalam suram
Cahaya kecil sedikit menemani
Cuba digapai namun hampa jawapannya
Semakin dikejar semakin menjauh

Keluh, hela, hembus...
Semuanya beritma perlahan
Bagaikan dunia berputar lemah
Terlalu lemah hinggakan kaku

Apakah ini mimpi?
Jika ya, bangkitkanlah aku...
Aku enggan berada dalam mimpi ini
Begitu perit, begitu pahit, begitu sakit...
Terlalu kejam untukku layari

Kejutkanlah aku...
Agarku kembali ke alam realiti
Walaupun ada ketikanya
Realiti itu amat menakutkan
Namun, realiti itulah hakikat
Hakikat yang tak mungkin dihalangi
Walau berjuta kali cuba ditidakkan
Walau berjuta kali cuba disifarkan

Kejutkanlah aku...
Kerana mimpi membuatkan aku tenggelam
Hilang tanpa kewujudan diri
Lenyap.