Nuffnang Ads

Sunday 23 September 2012

Sajak: Bunga Di Dasar Lautan



Terlantarlah aku dalam lautan kemelut
Terkapai-kapai mencari nafas ketenangan
Bergolaknya ombak kebilauan tsunami
Menenggelamkan aku ke dasar lautan 
Lautan dalam yang penuh kegelapan
Gelapnya, tiada mata mampu melihat
Sekelumit cahaya tiada hidupnya.

Tolonglah aku, insan kebuntuan
yang keresahan mencari jalan pulang
Kegelapan yang mengelilingi diriku
Menghantui, menyesakkan...
Memujuk rayu aku untuk terus hanyut
Hanyut mengikut arus pergolakannya.

Hulurkanlah satu jari buatku...
Satu jari sahaja yang aku pinta
kerana aku sedar siapa diriku
Insan ego yang menunduk hina
Merayu-rayu, meminta-meminta
agar diri ini dibantui.

Ingatkanlah aku erti kehidupan
Ketika aku alpa, ketika aku lupa...
Walau lena dalam lautan kemelut
yang penuh badai pancarobanya
Aku enggan mengalah begitu sahaja
Setiap kelipan mata, setiap helaan nafas
Bayangan kegembiraan menjadi impian
Memberikan aku satu harapan
Harapan untuk meneruskan hidup ini.

Sayangnya...
Hanya aku yang impikannya
Tatkala aku terus hanyut ke dasar lautan
Lautan dalam yang penuh kegelapan
Aku bagai  bunga di dasar lautan
Keseorangan, menanti dengan penuh harapan...


p/s: credit untuk Tema Kemelut Portfolio Seni Visual STPM... huhu... x.x


Tuesday 11 September 2012

Cerita Hari Ini: Sherlock Holmes



Aku seronok menekan butang di remote control. Siaran di televisyen aku tukar satu-persatu, mencari siaran yang boleh menarik perhatian aku untuk menontonnya. Sesampai sahaja di channel Astro Citra, teater P.Ramlee The Musical yang dipertontonkan berjaya menarik perhatianku. Jam sekarang menunjukkan waktu yang hampir menginjak ke dua petang. Sesekali aku bermain dengan handphone milikku. Permainan sudoku yang dimuat turun ke dalam handphone milikku, aku main dengan lekanya. Dua kerja aku lakukan dalam satu masa. Tengok TV sambil main game dalam handphone. Hehehe...

Sebenarnya aku harus mengikut keluargaku yang lain pergi ke rumah saudara di Raub, Pahang tetapi aku menolaknya dengan memberi alasan mahu membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru. Kononnya kerja rumah banyaklah walhal tidaklah banyak manapun. Sengaja malas mahu bangun pagi-pagi. Keluargaku bertolak ke Raub pada pukul tujuh pagi lagi. Tinggallah aku seorang diri di rumah. 

Aku bermalas-malasan di katil hinggalah ke pukul 10 pagi. Kemudiannya aku mandi dan turun ke bawah di ruang tamu. Mulanya mahu membuat kerja rumah tapi kemudiannya aku lengahkan pula. Tak apalah... tonton TV dulu pun tak apa kan? Hehehe...

Tonton punya tonton... hinggalah hampir empat jam aku berada di hadapan TV. Lama juga aku lengah buat kerja rumah ni. Huhu...

Tiba-tiba, kedengaran bunyi enjin kereta dari luar rumah. Jantung aku berdetak. Alamak, keluarga aku dah balik ke? Dengan sepantas kilatnya dan dengan lintang-pukangnya, aku berlari naik ke bilikku. Buku-buku  dan nota-nota latihan dikeluarkan, kononnya sedang belajarlah. Ehehehe... boleh dapat award untuk pelakon terbaik tak?

"Hei, kakak kesayangan! Mana kau, hah? Tak payah nak berlakonlah..." Aku terdengar adik lelakiku memanggil namaku beberapa kali dan melaung-laung menyuruh aku turun ke bawah. 

Err... kejap! Mana dia tahu aku tengah berlakon ni? Aku menarik nafas perlahan-lahan. Cuba menenangkan diri. Rileks... dia tak syak apa-apa sangat tu. Aku tenangkan diriku. Kemudian aku kembali pura-pura belajar. Masuk ke tidak apa yang aku baca ni? Eh, masuk tau... pura-pura belajar pun, apa yang aku baca tetap masuk dalam otak. Ehehe...budak genius. (Eee... perasannya!)

"Dah, dah... tak payah nak berlakon. Semua bukti yang kau tinggalkan ada di bawah tu. Ingat aku tak tahu." Adik lelakiku sudah menjenguk ke dalam bilikku. Dia berdiri mencekak pinggang. Amboi... mentang-mentanglah handsome, gaya berdiri pun nak macam model aje...

"Mana ada..." Aku berdalih. Buat muka tidak bersalah. 

"Ingat aku tak tahu..." Adik aku mula berlalu masuk ke dalam biliknya yang berada di sebelah bilikku. 

Aku tersengih. Cis, macam manalah budak ni boleh tahu aku berlakon?

Akhirnya aku mengalah. Aku menjenguk adikku di biliknya. "Mana kau tahu aku berlakon?" Aku bertanya ingin tahu.

"Dah kau pergi tinggalkan semua bukti di bawah tu..." Muncung bibir adikku.

Aku menggaru kepalaku sendiri. "Bukti apa pula ni? Kan dekat bawah tu memang tiada sesiapa pun kan apabila kau masuk rumah tadi."

"Pertama, lampu bawah tidak tutup. Kedua, elektrik TV dengan Astro tidak tutup. Ketiga, handphone kau ada dekat kerusi bawah tu. Padahal sebelum kita orang keluar tadi, aku dah tutup semua suis dekat bawah tu dan handphone kau pun tiada di bawah." Beritahu adikku satu-persatu.

Woo~ prihatinnya budak ni! "Macam mana kau tahu ni?"

"Aku kan nak jadi Sherlock Holmes. Mestilah kena prihatin."

Aku mencebik. Berangan ajelah budak ni... "Yalah tu..."

Adik lelakiku yang muda setahun dariku ini tersengih. "Hehehe... tak adalah. Sebab aku pun selalu juga buat macam tu."

Aku pelik. "Selalu buat apa?"

"Berlakon macam kaulah. Cuma otak aku lagi bijak... tak adalah tinggalkan semua bukti."

Cis, narsisistik! Selalu sangat puji diri sendiri. Perah santan betullah!

Hai... rupa-rupanya adik aku pun sama jugalah macam aku. Kuat berlakon...kihkih~ tapi dia bijak sikit aje. Bijak dalam menyembunyikan bukti-bukti lakonan dia tu. Huh...

# Suka tengok cerita Sherlock kat channel Astro AXN. Best! Hehehe... pelakon dia punya boleh tahan juga kacaknya! Hihik... >.<
Tengok bawah ni... Sherlock! Kiyahh~
Hihik... overlah pula!

Benedict Cumberbatch