Nuffnang Ads

Sunday 23 September 2012

Sajak: Bunga Di Dasar Lautan



Terlantarlah aku dalam lautan kemelut
Terkapai-kapai mencari nafas ketenangan
Bergolaknya ombak kebilauan tsunami
Menenggelamkan aku ke dasar lautan 
Lautan dalam yang penuh kegelapan
Gelapnya, tiada mata mampu melihat
Sekelumit cahaya tiada hidupnya.

Tolonglah aku, insan kebuntuan
yang keresahan mencari jalan pulang
Kegelapan yang mengelilingi diriku
Menghantui, menyesakkan...
Memujuk rayu aku untuk terus hanyut
Hanyut mengikut arus pergolakannya.

Hulurkanlah satu jari buatku...
Satu jari sahaja yang aku pinta
kerana aku sedar siapa diriku
Insan ego yang menunduk hina
Merayu-rayu, meminta-meminta
agar diri ini dibantui.

Ingatkanlah aku erti kehidupan
Ketika aku alpa, ketika aku lupa...
Walau lena dalam lautan kemelut
yang penuh badai pancarobanya
Aku enggan mengalah begitu sahaja
Setiap kelipan mata, setiap helaan nafas
Bayangan kegembiraan menjadi impian
Memberikan aku satu harapan
Harapan untuk meneruskan hidup ini.

Sayangnya...
Hanya aku yang impikannya
Tatkala aku terus hanyut ke dasar lautan
Lautan dalam yang penuh kegelapan
Aku bagai  bunga di dasar lautan
Keseorangan, menanti dengan penuh harapan...


p/s: credit untuk Tema Kemelut Portfolio Seni Visual STPM... huhu... x.x


No comments:

Post a Comment