Tuesday, 31 July 2012
Sajak: MAAF
Adakalanya kita terdiam
Menanti pihak lain mula bicara
Mata bertentang mata
Renungan tajam menjadi taruhan
Masing-masing dengan tembok keegoan
Tak mahu mengalah, tak mahu beralah
Setiap helaan nafas diiringi nista
Begitu menyesakkan menjadi anestesia
Denyutan nadi berentak dusta
Dahaga akan kejujuran budiman
Kenapa begitu sukar?
Kenapa begitu payah?
Hanya perlu mengungkap sepatah kata
Sepatah kata yang begitu ajaib
Yang mampu merawat luka hati
Yang mampu mengubat cela nurani
Yang mampu membius amarah
Hanya sepatah kata sahaja
MAAF...
Labels:
MAAF
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment