Aku tak pernah lupakan dia. Sejak kali
pertama kami bertemu hinggalah kini. Wajahnya yang putih bersih sebersih abiaz.
Bibirnya yang mungil dan merah delima. Dan matanya...ya, matanya! Matanya yang
berwarna biru itu tak mungkin akan aku lupakan walaupun sekali. Aku selalu
berharap aku dapat menghabiskan sisa hidupku dengannya. Tapi... ketentuan
Ilahi, kita tidak dapat halangi.
Aku
lihat di jendela. Awan hitam sudah berkepul-kepul. Hujan rintik pula sudah
turun membasahi muka bumi. Fikiranku mula melayang. Melayang mengingati masa
lampau. Oh... aku amat berharap dapat kembali ke masa itu! Tapi apakan daya...
masa yang berlalu tak mungkin akan berulang kembali. Gambar di tanganku,
kutatap dengan lama. Ingin sekali aku melihat si dia yang memakai baju kebaya
putih seperti di dalam gambar ini. Sungguh anggun dan indah hinggakan tidak
dapat diungkap dengan bahasa.
Aku
ingat kali pertama kami bertemu. Pada pagi itu aku lewat hadir ke sekolah. Aku
berlari sepantas mungkin untuk cepat sampai ke sekolah. Aku mengerling jam
tangan milikku. Sudah pukul 7.30 pagi. Argh... memang sudah lambat!
Tiba-tiba
mataku terpandang kelibat di sebatang pohon rendang di tepi padang kawasan
perumahanku. Pada mulanya aku tidak ambil peduli tetapi kemudiannya baru aku
perasan yang kelibat itu memakai pakaian sekolah. Hem... aku fikir mungkin ada
murid yang mahu ponteng sekolah. Aku hampiri manusia yang sedang enak tidur
bersandar di pokok itu. Mukanya ditutup dengan sebuah buku tebal. Buku teks
Biologi Tingkatan Empat. Dan dia memakai baju kurung sekolah. Seorang gadis
rupanya. Rambut gadis itu pula perang dan pendek di paras bahunya. Kulitnya
pula putih mulus. Cantik! Itulah perkataan pertama yang terdetik di hatiku
apabila melihat dirinya.
Walau
bagaimanapun hatiku tetap tidak puas selagi tak dapat melihat raut wajah gadis
di hadapanku ini. Perlahan-lahan aku menghampiri dirinya. Aku mengangkat buku yang menutup muka gadis itu.
Malah ingin mengetahui namanya juga. Perlahan-lahan aku menyelak muka hadapan
buku teks itu tetapi belum sempat aku melihat namanya, mata gadis itu terbuka!
![]() |
Sara Annabella |
“What are you doing?” soal gadis itu
kepadaku. Aku terpaku. Sebentar tadi aku terlupa melihat wajahnya kerana rasa
ingin tahu tentang namanya. Sekarang barulah aku dapat melihat wajahnya dengan
jelas. Sangat cantik! Hidungnya mancung. Bibirnya merah. Tetapi matanya berwarna
biru. Aku berasa pelik. Anak mat saleh ke dia ni?
“Hey...I asked you, what are you doing?”
Pertanyaan gadis itu mengembalikan aku ke alam nyata. Aku mula gugup. Muka
gadis itu sudah merah. Mungkin menahan amarah? Dia segera merampas buku
miliknya dari tanganku.
“Er... nothing! I didn’t do anything. Err..
okey. Bye!” Aku segera melarikan diri setelah membalas pertanyaan gadis
itu. Tak mahu berkompromi lagi. Manalah tahu jikalau dia akan menjadi beruang
mengamuk?
“Hey... wait!”
Tiba-tiba gadis
itu bangkit mengejar aku. Aku yang panik, berlari dengan lebih pantas lagi.
Sekali-sekala aku menoleh untuk melihat gadis itu yang mengejarku di belakang.
Wah, lajunya dia lari! Sekejap sahaja sudah berada beberapa inci di belakangku.
Dengan sekuat tenaga aku menambahkan kelajuan larianku. Sehinggalah sampai ke
depan pagar sekolahku. Tetapi perkara yang malangnya, aku ternampak seorang
lelaki yang berdiri di hadapan pagar itu. Tangannya memegang sebatang rotan
yang panjangnya mungkin satu meter setengah. Aku sudah tahu apa nasibku pada
pagi itu...
“Hai, boleh berkenalan?” ujarku perlahan.
Tunduk merenung manusia di hadapanku ini. Hatiku berbunga riang dapat bertentang
mata dengannya. Tapi apa yang memedihkan hati ini, pemilik mata berwarna biru
itu menjelingku dengan jelingan maut! Aduh...
“Stupid,” balas pemilik mata itu. Dia beredar
dari situ tetapi aku sempat menghalangnya dengan mendepangkan kedua tanganku di
depannya.
“Excuse me?” Pemilik mata itu mulai bengang. Dia
cuba menolak tubuhku untuk memberikannya ruang melepaskan diri.
“Can I know your name?” tanyaku tanpa
sabar lagi walaupun sebenarnya... hehehe...
“Alien!” jawab
gadis itu lalu merempuh tubuhku dengan kuat. Dia berjaya memboloskan dirinya
dariku. Aku menghela nafas hampa.
“Sara Annabella
Thompson.” Aku menyebut nama itu dengan kuat. Orang-orang di sekeliling
memandangku pelik. Aku tersengih-sengih melihat sekeliling. Pemilik nama itu
pula berhenti berjalan. Menoleh ke belakang memandang aku.
“How... how did you know?” soalnya gugup.
Mukanya sudah merona merah. Cukup comel dan cantik pada pandangan mataku.
“Alien beritahu
pada saya.” Aku tahu dia boleh berbahasa Melayu. Cuma mungkin tidak fasih.
Gadis itu melangkah menghampiri aku. Jantungku tiba-tiba berdegup kencang.
Apakah perasaan ini? Kenapa dengan jantungku ini?
“How dare you call me by my full name. Nobody ever
done that. Who are you? And what do you want from me?” Soalan gadis
itu membuatkan aku tersenyum. Aku tahu apa yang dia rasa. Aku tahu... teramat
tahu...
Dan sejak hari
itulah aku mula merapatkan diriku dengannya. Pelbagai cara kulakukan untuk
memenangi hatinya. Sehinggalah pada suatu hari ketika dalam perjalanan ke
sekolah, aku terpandang kelibatnya yang sedang membaca buku sambil berjalan.
Aku lihat dia seperti khusyuk sehingga tidak sedar akan alam di sekelilingnya.
Sehingga tidak sedar ada sebuah kereta yang meluru kepadanya...
HON!!!
Bunyi hon yang
kedengaran dan bunyi jeritan yang sama waktu dengannya membuatkan aku pantas
bertindak. Aku menolak tubuh itu ke tepi. Dia selamat tetapi aku tidak...
mataku terpejam rapat. Tetapi telingaku masih dapat menangkap derap langkah
kaki seseorang menghampiri aku.
“Oh, no! No, no, no...” Suara itu
menangis. Aku cuba membuka mata perlahan-lahan tetapi tidak berdaya. Rasa sakit
di tubuhku tidak dapat digambarkan. Pemilik suara itu memangku kepalaku di
ribanya. Tangannya membelai rambutku.
“No, please don’t go. Please...” Suara itu jelas
kedengaran di teligaku. Aku cuba tersenyum mendengarkan ucapan dari bibir
mungil itu.
“Someone help!” Kemudian samar-samar penglihatan
dan pendengaranku hilang...
“Hai...” Suara
yang menyapa membuatkan aku tersenyum. Akhirnya... hahaha! Aku tersenyum gembira.
Datang pun dia ya?
Aku diam tanpa
membalas sapaan itu. Pura-pura buat muka tiada ekspresi. Sengaja mahu menduga
dirinya. Manusia sombong! Patutkah aku menggelarkan dia begitu?
“So, how’s your health?” soal manusia di
sebelahku. Aku masih lagi bersandar di katil. Ada bantal di belakangku. Badanku
tidak aku gerakkan sedikit pun.
“Alhamdulillah.
Baik.” Pendek jawapanku. Mukanya pula nampak pelik mendengar jawapanku.
“Al... what?” Dia meminta aku mengulangi apa yang aku
ucapkan tadi.
“Alhamdulillah,”
jawabku. Akhirnya tersenyum.
“What language is that?”
“Arabic.”
“What is that word means?” soalnya ingin
tahu.
“Segala puji
bagi Allah.” Aku menjawab dengan tenang.
“Allah?”
Lidahnya pelat ketika menuturkan nama itu. “Who
is that?”
“Tuhan yang mencipta
seluruh alam semesta ini. Yang mencipta manusia dan segala kehidupan di muka bumi ini.”
“Can I see that God?”
“Tidak. Hanya di
akhirat sahaja kita boleh bertemu dengannya. Itupun hanya orang-orang
tertentu.”
![]() |
Kamil |
Kemudian aku
menjawab pelbagai soalan yang dia tanya dengan tenang. Aku tahu dia ateis. Itu
juga salah satu sebab aku ingin mendekati dirinya. Dari sehari ke sehari kami
mulai rapat. Dia juga sudah berjinak-jinak dengan agama Islam. Malah adakalanya
dia menemui ustazah di sekolah kami untuk mendalami ilmu agama. Perwatakannya
juga sudah berubah. Dari bersikap kasar dahulu kini dia menjadi seorang gadis
yang bersopan-santun dan lemah-lembut. Dia juga sudah fasih berbahasa Melayu.
Hasil ajaran siapa itu ya? Tekalah... hehehe...
“Kamil, pabila
habis sekolah nanti, Sara nak masuk Islam,” ucapnya padaku. Waktu itu kami
dalam perjalanan pulang dari sekolah. Kami juga mahu singgah di kedai buku yang
berdekatan. Sara mahu membeli buku katanya.
“Alhamdulillah.
Baguslah jikalau begitu.” Aku membalas sambil tersenyum. Dia juga menghadiahkan
senyumannya yang manis itu kepadaku. Hatiku berbunga riang melihatkan senyuman
itu. Terasa bagaikan berjumpa dengan bidadari. Kemudian Sara beredar masuk ke
dalam kedai buku. Aku menunggunya di stesen bas yang berada di seberang jalan.
Beberapa minit kemudian dia keluar dari kedai buku itu sambil melambai padaku.
Aku membalas.
Sara mula
melintas jalan. Entah bagaimana tak semena-mena sebuah kereta yang dipandu laju
meluru padanya. Aku menjerit memanggilnya. Kali ini aku tidak sempat
menyelamatkan dirinya. Kenapa? Kenapa selalu sangat ada kereta yang mahu
melanggarnya? Laju kakiku melangkah mendapatkan dirinya yang terlentang di atas
jalan raya. Orang ramai sudah berkerumun di situ. Aku memangku kepalanya dengan
lengan kananku. Baju sekolahku yang putih sudah diselubungi darah milik gadis
ini.
“Sara! Bangun,
Sara. Bangun...” Mataku berair. Setitis demi setitis jatuh di pipiku. Air mata
seorang lelaki. Malah mungkin air mata seorang kekasih juga.
Aku memeriksa
lengan nadinya. Tidak berdenyut. Pernafasannya juga tiada. Tidak! Tidak mungkin
dia sudah mati. Ini semua tidak mungkin. Aku hanya mampu menangis. Tidak lama
kemudian sebuah ambulans datang...
Mana mungkin aku
akan lupakan kisah lama ini. Mana mungkin aku akan lupakan wajah yang aku
sayangi. Walau bagaimanapun dia sudah pergi meninggalkan alam fana ini. Aku
rasa seperti baru saja semalam peristiwa ini berlaku. Sungguh jelas ia
berlegar-legar di mindaku.
“Atuk.” Seorang
kanak-kanak perempuan menghampiri aku. Dia memeluk lututku. Aku sudah duduk di
birai katil.
“Ya, sayang.
Kenapa tak tidur lagi ni?” soalku pada cucu perempuanku yang seorang ini.
Matanya berwarna biru.
“Sara tak boleh
tidur lagilah, atuk. Sara tidur dengan atuk boleh?” soalnya manja. Tangannya
kini sudah memeluk leherku.
“Boleh, sayang.
Mari atuk dodoikan.” Perlahan-lahan aku membaringkan cucuku di sebelah sambil
menyelimutkan tubuhnya. Aku mendodoikannya perlahan. Tanganku juga membelai
rambutnya yang berwarna perang itu. Wajahnya persis milik seseorang yang aku
sayangi.
Mahu tahu kenapa
begitu? Sedangkan wanita yang aku sayangi sudah tidak bernafas ketika berada di
pangkuanku semasa dirinya dilanggar dahulu. Agungnya Kuasa Allah. Seagung
diri-Nya. Sara Annabella tiba-tiba bernafas semula selepas diberi pertolongan
kecemasan oleh pihak ambulans. Dan kemudiannya inilah yang terjadi. Aku dapat
mengahwini dirinya yang akhirnya memeluk agama Islam. Agama suci milik Allah.
Tetapi walau bagaimanapun dia telah meninggal dunia. Pergi ketika di dalam
tidur lenanya. Tidur yang selama-lamanya. Dia juga tidak sempat melihat wajah
cucu perempuannya ini. Wajah yang sama dengannya. Malah memiliki nama yang sama
juga. Sara Annabella...
best cerpen nih ! :D
ReplyDeleteterima kasih anis.. (^_^)
ReplyDeletedah baca yang lain dah? :)
betol ke ak baca blok ni..cam x caye jer...hahaha
ReplyDeletecerita romantik seyyy...hahaha
hehe..betul ke umar baca ni?
Deleteowh..terharunya!
umar dah berubah..hihi
best tak cerpen ni??