Nuffnang Ads

Thursday 23 May 2013

Fotografi: Akai Hana

Assalamualaikum~~ yuhuu~~ haha.
Okay, disebabkan sukar untuk tidur blog ini diupdate!
Mugyyaahhh... ~(-_-)~

Fotografi kali ini pula bertajuk Akai Hana. Woo... perkataan Akai Hana ini sebenarnya adalah dalam bahasa Jepun. Oleh itu, jika diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu bermaksud Bunga Merah. Jyeah!

Sebenarnya kalau letak tajuk dalam bahasa Melayu, bunyinya macam tak best pula. Kerana itulah ditukar ke dalam bahasa Jepun. (Bukan racist okay...harap maklum) Hee... sekadar berkongsi sedikit bahasa Jepun yang dipelajari. "Akai" itu maknanya "merah". Sepatutnya "aka" sahaja. Tetapi apabila digabungkan bersama-sama dengan perkataan "hana", huruf "i" telah ditambah di hujung perkataan "aka". Okay... it's kind of complicated. That is the way how japanese's grammar. Hehe... saya pun hanya belajar sikit-sikit sahaja. Tidaklah sefasih atau sefaham manapun. (^_^)

*Nota Penulis: Belajar sendiri sebenarnya... hoho~~ :D

Okay... mari lihat koleksi Akai Hana. Penat saya bermain-main dengan Akai Hana ini. Haha... bermula daripada jumpa Akai Hana ini di luar rumah sehinggalah Akai Hana ini dibawa masuk ke dalam rumah. Yeah! Enjoy the pictures~~~


[Akai Hana I]

[Akai Hana II]

[Akai Hana III]

[Akai Hana IV]

[Akai Hana V]

[Akai Hana VI]

[Akai Hana VII]

[Akai Hana VIII]

[Akai Hana IX]

[Akai Hana X]

[Akai Hana XI]

[Akai Hana XII]

[Akai Hana XIII]

[Akai Hana XIV]

[Akai Hana XV]

[Akai Hana XVI]

[Akai Hana XVII]

[Akai Hana XVIII]

[Akai Hana XIX]

[Akai Hana XX]


-THE END-
Capture by Nira Karmila. :)


Tuesday 21 May 2013

Fotografi: Rosa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Wah, seharian saya membuat eksperimen terhadap gambar-gambar kali ini!
Hee... sekarang waktu sudah menginjak ke pukul 4.00 pagi lebih.
Tak boleh tidur maa~~ jadi update blog! Muahaha... (^o^)//

Tajuk fotografi kali ini ialah Rosa. Hamboi... nama bukan main lagi kan? Hehe...
Rosa ataupun dalam nama bahasa Melayu ialah mawar merah. Rosa ini merupakan kelompok genus bagi mawar merah. [Sila check wikipedia untuk makluman lanjut... haha, nampak sangat malas nak terangkan lagi. Klik "sini" untuk baca.]

Haik... haik... selanjutnya. Haha... baiklah.
Jeng~ jeng~ jeng~ lihatlah hasil eksperimen gambar-gambar Rosa ini! (^_^)>


[Rosa I]

[Rosa II]

[Rosa III]

[Rosa IV]

[Rosa V]

[Rosa VI]

[Rosa VII]

[Rosa VIII]

[Rosa IX]

[Rosa X]

[Rosa XI]

[Rosa XII]


-THE END-
Capture by Nira Karmila. :)


Wednesday 15 May 2013

Cerita Hari Ini: Memo Untuk Adik



Adik...

Walaupun kerja sekolah berlambak,
walaupun kerja sekolah banyak tidak siap,
jangan kau ponteng sekolah, dik...

Rugi kau kalau tak datang sekolah sehari.
Ilmu yang guru beri bukan senang mahu dicari.

Biarlah kau kena marah tahap gorilla ke dengan cikgu kau,
jangan sesekali kau ponteng sekolah,
hanya kerana takut kena marah dengan cikgu kau.

Tau tau, adik...
Pergi sekolah tau...
Hee... :D


Monday 13 May 2013

Cerita Hari Ini: Putus Asa?



Putus asa?

Hei... ingat tak waktu kau kecil dahulu?
Berapa kali jatuh?
Berapa kali nangis melalak?
Berapa kali terluka berdarah?

Yup. Rasanya semua orang pernah alami.
Sekali. Yup. Sekali.

Jadi kenapa nak putus asa sekarang?

Cuba bayangkan macam mana kali pertama kau pandai berjalan.
Okay... mesti ada yang tak ingat kan?
Sebabnya masih kecil lagi.
Apa yang kita ingat?

Hah... alasan semua itu!
Percayalah...
Semua itu dah tersemat dalam hati kau.
Semua itu tanpa kau sedar,
secara tak langsung,
memang dah ada di dalam hati kau.

Jadi, mahu putus asa lagi?
Fikirkan balik...
Renungkan kembali...

Mungkin semangat kau itu sendiri ada di dalam hati.
Cuma menunggu kau untuk kobarkannya kembali.

P.S. Yosh! Ganbatte! Jia you! Hee... (^_^)>


Saturday 11 May 2013

Cerita Hari Ini: Awak Cantik



#Tempat: Pertandingan Taekwondo di Stadium Matsushita, Shah Alam.


"Awak...kawan saya kata awak cantik!"

Oh, okay...percayalah! Aku benar-benar terkejut apabila ada seorang budak lelaki berkata begitu kepada aku. Siapa yang tak terkejut? Apabila tiba-tiba sahaja ada orang menegur dan mengatakan diri kita ini cantik. Terkejut bukan?

Budak lelaki yang berasal dari Sarawak itu tersengih. Kawan yang dia maksudkan pula menggerutu perlahan. Memarahi si dia yang menegurku itu, dalam diam. Nampaknya, kalau ikutkan telahan aku, bukan kawan dia yang berkata begitu. Aku rasa dia sendiri yang mahu ungkapkan perkataan itu namun dia mungkin malu lalu menggunakan nama kawannya.

Hehe... aku menahan lucu di dalam hati. Dari perasaan terkejut mendengar pujian daripada si dia, hadir pula perasaan berbunga gembira. Alahai... jujur aku katakan, pujian yang dia berikan itu, sedikit sebanyak berjaya menggembirakan hati aku ini.

Apa reaksi aku setelah mendengar pujian daripada si 'kawan' dia itu? Aku tersenyum. Tersenyum kecil sahaja. Haip...kena control ayu. Haha..takkan mahu tersengih lebar pula bukan? Sudah dipuji cantik. Hehe...

Si dia tersengih apabila aku hanya mampu membalas dengan senyuman. Tidak lama kemudiannya, dia kembali berbual dengan kawannya. Bergurau... pukul-memukul. Hehe... aku tersenyum kecil lagi melihat telatah keanak-anakan mereka berdua itu. Nampak gayanya, mereka berdua ini masih bersekolah menengah lagi. Haiyoo... adik rupanya! Hahaha... aku tertawa di dalam hati. Mana tidaknya... yang puji aku itu masih bersekolah lagi walhal aku? Budak yang baru sahaja menamatkan persekolahan menengahnya. Gehehe...malu-malu! Adik puji akak cantik... hihi.

Oh, terima kasih adik! Pujianmu itu sedikit sebanyak berjaya menggembirakan hati akak ni. Heee... (>_<)


Sunday 5 May 2013

Fotografi: Tinggi-Tinggi Sayang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Haip!! Helloo~~ haha. Dah lama tak taip entri.
Waaaa~~ (>_<)

Hehe...oh hari ini 5 Mei ya? Woahh~~undi undi! Haha..
Nah...tak mau cerita pasal undi.
Kali ini saya mahu kongsikan gambar-gambar yang telah saya tangkap semalam.
Semalam, 4 Mei 2013. Ya, saya pulang ke kampung. Melawat nenek sebelah ibu yang sakit di Raub, Pahang.

Suasana kampung...
Hmm..aman, damai, tenang, banyak suasana kehijauan alam.
Aiceh...hehe.

Oh, kali ini saya tangkap gambar pokok kelapa!
Haha...apa yang bestnya pokok kelapa ni?
Tak ada apa yang cantik pun kan?
Eh, salah tu!
Tahukah anda, pokok kelapa mempunyai banyak kelebihan?
Kesemua bahagian pokok kelapa berguna. Erm..kemungkinan kecuali bahagian akar sahaja yang tak boleh digunakan. Huhu...

Kelebihan Pokok Kelapa:

  • Batang Kelapa: Boleh buat titi dan juga sebagai bahan pembinaan rumah misalnya papan, dinding dan lantai.
  • Daun Kelapa: Boleh dibuat sebagai pembalut makanan. Hoo..ketupat! Ketupat! Hehe..itu salah satu contohnya laa~
  • Lidi Kelapa: Boleh buat penyapu lidi. Waa~ waktu kecil dahulu selalu hiris daun kelapa nak buat penyapu lidi. Hehe...
  • Sabut Kelapa: Boleh dibuat tali.
  • Tempurung Kelapa: Boleh diproses menjadi ubat nyamuk dan barangan kraftangan. Yeah, kreatif!
  • Serbut sabut: Boleh dibuat sebagai bahan reput dan kompos dalam pertanian.
  • Minyak: Boleh dibuat sebagai minyak masak, minyak pelita dan juga sabun.
  • Air Kelapa: Air daripada buah kelapa juga boleh diminum dan isinya lembut malah boleh dimakan mentah. Kalau ada yang mengalami sakit seperti demam, bolehlah minum air kelapa untuk menurunkan suhu panas badan.

Okay..itulah antara kelebihan pokok kelapa. Hebat bukan ciptaan Allah? Allah jadikan sesuatu itu atas sebab-sebab tertentu. Subhanallah... Maha Suci Allah.

Oh, iya...fotografi kali ini saya namakan "Tinggi-Tinggi Sayang". Hee...enjoy the pictures! (^_^)/


[TTS I]

[TTS II]

[TTS III]

[TTS IV]

[TTS V]

[TTS VI]

[TTS VII]

[TTS VIII]

[TTS IX]

[TTS X]

[TTS XI]

[TTS XII]


#Opps...yang ini special case! Hehe...guna black and white pula!

[TTSBW I]

[TTSBW II]


-THE END-
Capture by Nira Karmila. :)