Nuffnang Ads

Friday 31 August 2012

Cerita Hari Ini: Alamak, Salah Masuklah!

Gambar Sekadar Hiasan. Comel Tak? Hehe...


Solat Asar telah lama masuk waktunya. Aku tergopoh-gapah mencari surau yang berdekatan untuk menunaikan tanggungjawabku sebagai hamba Allah SWT. Disebabkan tempat yang aku pergi ini aku tidak familiar, agak lama jugalah aku mencari surau di sekitar kawasan itu. Setelah bertemu surau yang dicari, kereta diparkir di luar  kawasan surau itu. Aku turun dari kereta, bergegas menuju ke dalam kawasan surau.

Di laman surau, dua orang budak lelaki (agak kacak juga...hehe ^^) sedang bermain ping pong. Meja ping pongnya pun ada tau! Seorang berbaju merah dan seorang lagi berbaju hijau. Permainan mereka disaksikan oleh beberapa orang lelaki tua yang berjubah labuh dan berkopiah putih. Aku masuk ke dalam surau, pura-pura tidak mahu menghiraukan mereka. Amboi, sombongnya! Sepatutnya apabila masuk ke dalam surau, haruslah memberi salam kepada orang yang ada di situ. Betul tak? Huhu... 

Di belakang belah kiri budak lelaki yang berbaju merah, aku lihat ada seseorang mengambil wuduk di situ. Aku lihat dari belakang orang itu berambut panjang lepas hingga ke bahu. Cantik rambutnya. Aku pelik. Aik, takkanlah perempuan itu tidak menutup aurat langsung sewaktu mengambil wuduk? Di tempat terbuka pula tu! Pak cik-pak cik ini  tidak perasankah? Aku berjalan menuju ke arah orang itu. Niatku mahu menegurnya tapi niatku itu kemudiannya terbatal. Salah seorang lelaki tua yang menyaksikan permainan ping pong tadi datang menegurku. 

"Adik cari tempat solat wanita ke?" tanya lelaki tua itu.

Aku mengangguk. "Ya, pak cik. Di mana ya?" tanyaku tersipu-sipu. Segan sebenarnya. Sepatutnya aku bertanya kepada pak cik itu sebaik sahaja melangkah ke dalam surau tadi. Ini tidak, sombong! Huhu...

"Oh, yang adik nak pergi ni tempat lelaki. Tempat solat wanita di belakang sana. Di sebelah kiri," terang lelaki tua itu. 

Aku termangu-mangu. Habis tu, orang yang ambil wuduk tu bukan perempuan ke? Kenapa dia ambil wuduk di tempat lelaki? Aku menoleh ke arah orang yang mengambil wuduk itu tadi. Orang itu mula memalingkan mukanya menghadap ke belakangnya, mungkin terganggu agaknya apabila ada orang berbicara di belakangnya. 

Aku terkejut. Ya, Allah! Lelaki rupanya... aku sangkakan perempuanlah tadi. Dari belakang kulihat seperti perempuan, dengan rambutnya yang panjang lepas hingga ke bahu dan mempunyai tubuh yang sederhana kurus. Ah, malunya! Kiranya aku hampir salah masuk tempatlah ni? Alhamdulillah... aku tak pergi menegur lelaki berambut panjang yang mengambil wuduk itu tadi. Kalau tidak, agaknya bertambah bertimbun-timbunlah perasaan malu aku ini. Dahlah lelaki tu agak kacak juga rupa parasnya. Hehehe... sempat lagi tu mengusha orang lain.

Lelaki itu menghadiahkan senyuman. Aku tersipu malu. Alahai, abang... kenapalah bela rambut panjang? Dahlah cantik rambut abang tu. Rambut saya pun tak cantik macam tu. Jealous saya tau! 

Aku tertunduk malu lagi. Lelaki tua yang menjelaskan tempat solat wanita di mana, aku ucapkan terima kasih. Aku perasan dua orang budak lelaki yang bermain ping pong itu tadi pun turut memandang ke arahku. Mungkin mereka pun tahu tentang kesilapan yang hampir aku lakukan. Alamak, malunya! Sudahlah salah tempat... lepas itu sombong pula tu mahu bertanya. Hah, itulah akibatnya! Malu bertanya sesat jalan. Jangan jadi manusia bodoh sombong. Aku mengingatkan diriku sendiri. 

Selepas meminta diri aku berlalu ke tempat solat wanita seperti yang diterangkan oleh lelaki tua itu tadi. Menunaikan solat yang menjadi tiang agama...

Moral of the story: Apabila masuk ke tempat yang kita tidak familiar, janganlah jadi bodoh sombong. Jadilah pandai berhemah. Hehehe... lepas tu, jikalau tempat yang kita pergi itu banyak orang muslim, berilah salam sejahtera. Dapat juga pahala. Tak salah jikalau kita memberi salam kepada orang yang tidak dikenali pun. Kitakan sesama Islam sesama saudara. Dan akhir sekali, jikalau tidak tahu ke mana arah tuju kita, janganlah jadi sombong dan malu hendak bertanya. Rendahkanlah tembok keegoan supaya mudah kita mencari jalan penyelesaian. Insya-Allah, dengan izin Allah... perjalanan kita akan dipermudahkan. 

Diharap sesiapa yang membaca entri ini turut mengambil iktibar atas apa yang terjadi pada saya ini. Saya pun manusia lemah. Semua yang baik itu datang dari Allah dan buruk itu datangnya dari diri kita sendiri. (Saya pun mengingatkan diri saya sendiri juga ini. Huhu...)

Sekian, wassalam. (^_^)


Saturday 25 August 2012

Cerita Hari Ini: Sayang Ibu, Sayang Ayah



*** Beberapa bulan yang lalu...

Hari ini aku berjalan-jalan dengan ibuku. Memang selalu kami keluar berjalan berdua. Adakalanya adik kecilku juga akan turut menemani kami tetapi hari ini hanya aku dan ibuku sahaja. Kali ini kami pergi ke Putrajaya sempena sambutan Hari Belia peringkat kebangsaan. Ibuku mengajak aku pergi ke sana. Walaupun hari esoknya aku sekolah tetapi ibuku begitu teruja mahu mengajak aku pergi ke sana. Agak lucu juga bukan? Lagi-lagi ibuku mengajak pergi ke sana pada waktu malam lebih kurang pukul 10.00. Bukannya  pada waktu siang atau sekurang-kurangnya pada petang hari. Ya, ibuku seorang guru. Walaupun beliau bersikap tegas terhadap anak-anaknya tetapi beliau tidak pernah menyekat pergaulan anak-anaknya. Cuma beliau berpesan supaya kami bijak memilih rakan dan tidak lupa untuk membezakan baik dan buruk sesuatu perkara itu. 

Berbalik pada cerita asal, sesampai sahaja di Putrajaya (setelah hampir setengah jam mencari tempat pesta Hari Belia diadakan) ibuku memarkir kereta di tepi jalan raya berhampiran khemah peserta berbasikal. Di pesta itu terdapat beberapa khemah yang membahagikan kumpulan yang menyertai pesta itu. Ada khemah untuk peserta berbasikal, ada khemah untuk peserta unit beruniform dan lain-lain lagi. Ketika itu khemah peserta berbasikal sedang menganjurkan cabutan bertuah. Riuh-rendah jugalah suasana pada ketika itu. Masing-masing sibuk menyebut nombor sendiri. 

Kami berjalan melintasi khemah peserta berbasikal itu, mahu mencari tempat khemah peserta unit beruniform. Tujuan ibuku datang ke pesta itu kerana mahu mencari tempat khemah peserta unit beruniform. Ibuku ditugaskan untuk mengambil pelajar-pelajar dari sekolah kami yang menyertai pesta itu pada hari minggu nanti iaitu hari terakhir pesta itu diadakan. Disebabkan ibuku seorang yang sentiasa bersiap-sedia dari segala sudut perkara, ibuku mengajak aku menemaninya pergi ke Putrajaya pada malam Rabu itu supaya beliau tidak sesat pada hari minggu nanti. 

Suasana di pesta itu agak meriah. Lagi-lagi pada malam hari kerana ada beberapa konsert diadakan di situ. Pentas-pentas konsert juga ada banyak. Mungkin dalam lima atau enam, aku sendiri pun tidak pasti kerana kami tidak meronda di pesta itu sepenuhnya, hanya separuh jalan sahaja. 

Tetapi ada sesuatu yang mengejutkan dan mencuit hati aku pada malam itu. Tanpa aku jangka, ibuku terus memimpin tanganku sewaktu kami berjalan melintasi khemah peserta berbasikal. Aku perasan ada mata-mata yang memandang ke arah kami. Yalah, aku anak gadis yang agak sudah besar dan berumur (tetapi muda lagi tahu), pastilah mereka pelik apabila seorang ibu memimpin tangan anak gadisnya yang sudah besar itu seperti anak kecil. Aku terasa malu pula tetapi jauh di sudut hatiku aku berasa sangat gembira dan terharu. Terasa rindu pula pada zaman kanak-kanakku dahulu. Aku masih ingat lagi kali terakhir ibuku memimpin tanganku sewaktu aku berumur mungkin dalam lingkungan lapan atau sembilan tahun. Pastilah aku terkejut apabila sepuluh tahun kemudiannya ibuku memimpin tanganku walaupun umurku hampir mencecah 20 tahun. 

Pelik? Erm... ada jugalah perasaan itu di dalam hatiku. Aku pun tidak pernah menyangka ibuku akan bertindak sedemikian rupa. Mungkin kerana sikap ibuku yang agak tegas membuatkan aku adakalanya takut untuk mendekatinya. Tetapi tindakan ibuku pada hari itu merungkai segala sikapnya yang tidak pernah aku ketahui selama ini. 

Sejujurnya aku memang gelisah dan takut berada di tempat orang ramai. Lagi-lagi di tempat pesta seperti itu. Sedangkan pergi ke pasar malam pun aku tidak mahu inikan pula di tempat pesta yang lagi ramai orangnya daripada pasar malam. Mungkin ibuku faham dengan perasaan aku disebabkan itulah dia bertindak memimpin tanganku. Dan mungkin juga dia tidak mahu kehilangan aku kerana orang tidak berhenti berpusu-pusu di tempat itu. Sementelah marcapada ini kita seringkali dengar macam-macam perkara buruk berlaku kepada anak-anak gadis lagi-lagi yang berumur lebih kurang sebaya aku ini. Dan ya! Hari itu barulah aku tahu betapa sayangnya ibuku terhadap aku. Malah tangannya yang erat memimpin tanganku juga telah membuktikan kasih sayangnya kepadaku yang tidak ternilai harganya. Sinar matanya juga menunjukkan yang ibuku benar-benar mengambil berat tentang diriku. 

Tidak malu aku menyatakan ada sebutir air mata jernih jatuh ke pipiku pada malam itu. Rasa terharu dan gembira menyelubungi diriku ibarat gunung membaluti muka bumi. Mahu sahaja lidahku ini mengatakan, "Saya sayang mak sangat-sangat. Teramat sayang." tetapi lidahku kelu. Tembok keegoanku membatasi segala-galanya. 

Aku cemburu melihat hubungan anak-anak lain yang begitu rapat dengan ibu mereka. Ada yang tidak segan silu memeluk dan mencium pipi ibu mereka di depan orang ramai. Aku juga cemburu mendengar cerita daripada kawan-kawanku yang mengatakan mereka sering menceritakan segala perkara kepada ibu mereka termasuklah kisah cinta mereka sendiri yang aku anggap agak privasi untuk anak muda seperti aku ini menceritakannya kepada ibu mereka. 

Seronoknya dapat ibu yang berfikiran terbuka seperti itu. Aku takut mahu memikirkan reaksi ibuku jikalau kelak suatu hari nanti aku akan bercinta dengan seorang jejaka. Apakah reaksinya? Adakah dia akan marah? Sejujurnya aku tidak pernah bercinta dengan mana-mana jejaka walaupun usiaku sudah hampir mencecah 20 tahun ini. Istilah 'couple' yang digunakan oleh anak-anak muda sekarang ini tidak pernah wujud dalam kamus hidupku buat masa ini. Jikalau berkawan dengan lelaki itu adalah tetapi tidak pernah mengambil langkah ke tahap sehingga ber'couple'. 

Ibuku juga sudah siap-siap berpesan sejak aku kecil lagi bahawa beliau tidak suka anak-anaknya ber'couple' ini. Katanya hubungan itu lebih banyak buruknya daripada baiknya. Ibuku tahu memang ada baiknya 'couple' itu misalnya menambahkan lagi semangat untuk belajar atau datang ke sekolah setiap hari jikalau 'couple' kita itu bersekolah di tempat yang sama dengan kita. Ibuku faham, teramat faham. Lagi-lagi kerjayanya sebagai guru di sekolah menengah membuatkan dia tahu keadaan semasa anak-anak muda zaman sekarang. 

Tetapi entahlah... pesanan ibuku itu membuatkan kami adik-beradik langsung tidak tergerak hati mahu ber'couple'. Walaupun kami tahu rupa kami ini agak boleh tahan juga (haha... perasan! Masuk bakul angkat sendiri). Hei, jangan terkejut tahu kalau aku kata ada yang meminta mahu ber'couple' dengan aku, cuma aku sahaja yang tidak mahu kerana teringatkan pesanan ibuku itu. (Shhh... jangan beritahu pada ibuku tahu. Rahsia... rahsia...)

Eh, rasa macam sudah terlari topik pula ini! Hehehe... apa-apa pun malam itu aku berjalan dengan ibuku di Putrajaya hampir dua jam hingga menjejak ke tengah malam pula. Ibuku seperti biasanya dengan murah hati membelanja aku makan chicken chop (my favourite!) yang dijual di gerai-gerai yang berada di sekitar itu. Kami ada juga lihat-lihat barang yang dijual di gerai-gerai itu. Ada yang menjual pakaian, makanan, barangan dapur dan macam-macam lagi. Yang jual lukisan pun ada. Cantik-cantik belaka. 

Dan ibuku masih juga memimpin tanganku sepanjang kami berjalan-jalan itu. Aku rasa muka aku merah dengan kehangatan menahan perasaan malu. Aku perasan ada mata-mata yang memandang ke arah kami lagi-lagi yang berumur lebih kurang sebayaku. Kalau yang lelaki itu tak payah cakaplah... siap ada yang bersiul mengusik lagi.  

"Hai, adik... manja pegang tangan tangan mak dia."

"Psst... yang baju merah belang tu. Yang comel bertudung tu. Yang pegang tangan mak dia itu. Nak ngorat boleh." Hah, yang ini abang cameraman yang cakap. Padahal tengah shooting konsert itu. Boleh pula dia buat kerja part-time ngorat anak dara orang. 

Ibuku tersengih sahaja apabila abang cameraman itu berkata begitu kepada aku. Siap ibuku boleh kata begini pula, "Ada pula ngorat anak dara comel aku ini." Hehehe... tipulah. Yang 'comel' itu aku tambah sahaja. 

Dan malam itu. macam-macam perkara aku bualkan dengan ibuku. Tiba-tiba aku tergerak hati mahu berbual tentang pelbagai perkara dengan ibuku. Tentang sekolah, tentang pergaulan dengan kawan-kawanku... cuma bab cinta sahaja aku tidak mahu cerita. Lagipun tiada, nak cerita bagaimana? Hehehe...

Dan sejak malam itu jugalah aku sudah berasa tidak malu sangat untuk menunjukkan kasih sayangku terhadap ibuku di hadapan khalayak ramai. Aku sudah tidak segan sangat memeluk dan mencium pipi ibuku di hadapan orang lain. Cemburu tak? Hehehe... kali ini aku pula yang membuat anak-anak orang lain yang cemburu melihat kemesraan kami anak-beranak. 

Dan akhir kata... aku mahu katakan sayangilah ibu anda! Percayalah... ibu anda hanya seorang sahaja dan beliaulah yang telah bersusah-payah melahirkan anda ke dunia fana ini. Pengorbanannya begitu besar sehingga sanggup berkorban nyawa untuk anda. Adakah anda sanggup berbuat sedemikian untuk ibu anda? Kalau tidak pun sekurang-kurangnya berbaktilah kepada ibu anda dan jangan lupa ayah juga. Pahalanya amat besar di sisi Allah S.W.T. 

Ingatlah sebelum ibu dan bapa kita pergi meninggalkan kita melangkah ke alam lain. Sayangilah mereka. Jangan segan silu untuk mengatakan, "Saya sayang ibu dan ayah!", jangan segan silu untuk memeluk mereka dan jangan segan silu untuk mencium tangan dan pipi mereka. Dan janganlah kita mengingkari ibu bapa kita selagi tidak salah di sisi agama. Segala pesanan yang mereka ujarkan semuanya berdasarkan asam garam kehidupan yang pernah mereka rasai sebelum kita. Memang adakalanya kita merasakan nasihat mereka itu tidak logik dan tidak mengikut arus zaman tetapi percayalah... mereka lebih berpengalaman daripada kita. 

Syurga di bawah tapak kaki ibu. Bagi anak-anak yang sebelum ini kurang berbakti kepada ibu bapa mereka, anda belum terlambat lagi, selagi nyawa belum ditarik dari tubuh ibu dan bapa anda. Jangan biarkan penyesalan menguasai diri anda pada kelak hari nanti. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Biarlah keluar air mata darah sekalipun, anda tidak dapat berbuat apa-apa jika melihat jasad kaku ibu bapa anda di hadapan mata nanti. 

Eh, terlampau panjang pula akhir kata aku ini! Hehehe... apa-apa pun mari kita ucapkan kepada ibu kita beramai-ramai, "Saya sangat sayang ibu (mama, emak, umi, mummy atau apa-apa panggilan kamu semua kepada ibu-ibu kamu)" dan jangan lupa juga sebut, "Saya sangat sayang ayah (abah, baba, papa, walid atau apa-apa panggilan kamu kepada bapa-bapa kamu)". Err... macam rumit je? Hehehe... (entah orang faham ke tidak apa yang aku cuba sampaikan ini).

Hmm... senang cerita aku mahu sesiapa yang membaca ini berjanji kepada aku untuk pergi kepada ibu dan bapa kamu, peluk mereka dan ucapkan kamu sayang akan mereka selepas itu cium pipi mereka pula tahu. Janji ek buat? Tak buat, siaplah...

Dan kalau ibu bapa kamu tanya kenapa kamu tiba-tiba berbuat begitu kepada mereka, kamu ucapkanlah, "Ada akak Nira Karmila ini suruh kami berjanji buat begitu." Hehehe... aiceh ceh. Nak juga nama dia naik. 

Tak adalah. Kamu cakap begini sahaja kepada ibu bapa kamu, "Saya sayang mak dan ayah kerana Allah." Insya-Allah keberkatan di sisi Allah akan kamu dapat. Bagi yang bukan muslim pula, cakap sahaja kamu sayang ibu dan ayah kamu seperti biasa. Nak buat gempak-gempak pun boleh juga. Hehehe... tak kisahlah walaupun umur kamu sudah mencecah sehingga 40 atau 50 tahun selagi kamu ada ibu bapa, ucapkan sahajalah sayang kamu kepada mereka. Kalau dah malu sangat tu... buatlah kebaikan kepada mereka. 

Janji tahu!

Sekian, wassalam. 


Tuesday 14 August 2012

Cerita Hari Ini: H.I.P.O.K.R.I.T




A: Eee... geramnya!

B: Kenapa geram-geram ni? Muka tak comel tau nanti... (Tersengih.)

A: Saya tak suka orang hipokrit!

B: Kenapa pula awak cakap macam tu?

A: Yalah... orang hipkorit ini ibarat manusia bertopeng. Depan kita nampak baik alim sangat. Pijak semut pun tak matilah. Tapi apabila belakang kita, hah dialah hantu, dialah jembalang, dialah penyangak! (Buat penumbuk kat tapak tangan. Muka tak puas hati macam gangster nak mengamuk.)

B: Okey... yang itu saya setujulah. Memang tak dinafikan perangai orang hipokrit macam tu. (Angguk- angguk kepala sambil usap dagu yang tiada janggut sejemput pun tu.)

A: Awak nak tahu tak apa maksud HIPOKRIT tu?

B: Hah, apa dia? Bagitahulah saya... (Muka teruja. Mata membesar macam anak kucing dalam cerita Shrek.)

A: HIPOKRIT tu maksudnya macam ini...

          H > Hanya
          I  > Ikut
          P > Punya
          O > Otak
          K > Kepala
          R > Rereng
          I  > Inti
          T > Tersendiri

B: Err... "rereng" tu apa? (Muka blur.)

A: Hehe... (Garu kepala yang tak gatal.) "Rereng" tu ayat saya sendiri. Sebenarnya "rereng" itu kata asalnya daripada perkataan "mereng". Saya tak tahu nak buat huruf "R" tu perkataan apa... hihik. (Malu-malu  kucing.)

B: Esh, esh, esh... (Geleng kepala.)


-TAMAT-
Muehehehe... :P


Monday 13 August 2012

Cerita Hari Ini: Siapa Dia Jejaka Itu?



Siapa dia ya?
Yang muncul di dalam mimpiku sewaktu aku sedang lena dibuai mimpi malam hari.
Siapa dia jejaka itu ya?
Yang sewaktu aku sedang bersedih di dalam mimpiku, dia datang memujuk diriku.
Suaranya sungguh indah, lembut hingga menusuk ke kalbuku.
Perlahan suaranya memujuk aku supaya jangan menangis dan bersedih hati.
Siapa dia ya?
Ingin sekali aku tahu tapi wajahnya aku tidak dapat lihat.
Di dalam mimpiku, wajahnya hanya samar-samar sahaja.
Siapalah dia...
Ingin sekali aku mahu bertemu dengannya.
Perlahan-lahan, aku berdoa di dalam hati semoga kita ditemukan pada hari kelak.
Insyaallah... :)


Cerita Hari Ini: Saya Suka Awak


Saya suka awak... (>.<)
Awak buat hati saya doki-doki tau... <3
Setiap kali saya pandang awak aje, saya rasa asyik nak tersenyum aje...
sampai ke telinga tau!

Saya suka tengok awak senyum...
Saya suka tengok awak ketawa...
Awak buat muka marah pun saya rasa awak nampak comel... hihik! (^_^)

Awak suka saya tak?
Bukan senang tau saya nak confess pada awak ni...
Awak sahajalah satu-satunya yang saya berani nak confess tau! (Muka semangat tapi blushing)

Err... (Kekok)
Saya tak tahulah nak cakap apa lagi pada awak...
Malu... (>.<)

Okey! Bye... (Muka masih blushing lagi. Hihi...)


Note: Confession from a cute little girl...muehehe... ;)

Wednesday 1 August 2012

Sajak: Peperangan Kristal Lunar



Cetusan bermula dari utara ke selatan
Bertentangan dengan timur dan barat
Revolusi abiaz bergantungan seksa
Imperialisme aswad bermaharajalela suka.


Jangan ditolongi revolusi abiaz
Kelak diri kamu terkandas
Imperialisme aswad kejam mengganas
Seganas kejahatan yang tidak berilusi
Tidak terbayang di mata hati
Tidak terjangka akal melati.


Mundurlah kamu sejauh mungkin
Rentasilah alam cakerawala ini
Jangan kembali datang ratapi
Kelak buta naluri hati.


Sembunyilah di ceruk bimasakti
Jangan sembunyi hadapan matahari
Panas menghangat datang menjengah
Kesaktian panas yang menjulang
Itulah kelebihan imperialisme aswad.


Jangan sorak gembira lagi
Walau rasa diri terselamat
Itu hanya ilusi semata-mata
Ditutupi pandangan gelombang aswad.


Hanya satu inisiatif dapat
Menjatuhkan kegagahan imperialisme aswad
Hanya terdapat di akhir zaman
Peperangan Kristal Lunar akan tamat.




p/s: sajak sains fiksyen direka sewaktu di tingkatan dua. Apalah yang aku merepek ni~ lalalala...