Bila merenung ke langit
Hati ini mencari sang bintang
Mengharapkan ia selalu muncul
Walaupun hari cerah biru siang
Bila merenung ke langit
Jiwa ini mencari sang bulan
Rindukan cahayanya yang bahari
Walaupun dilindungi si awan
Adakalanya kesunyian menemani diri
Keperitan menyelubungi hati nurani
Kesakitan yang dihidapi tidak tertahan
Air mata yang jatuh ke bumi
Tiada seorang pun yang peduli
Terima kasih, sang bintang
kerana tidak muncul lagi
Terima kasih, sang bulan
kerana tidak bercahaya lagi.
No comments:
Post a Comment