Saturday, 12 January 2013
Sajak: Mimpi
Kelopak mata terbuka, perlahan...
Dalam kelam, dalam suram
Cahaya kecil sedikit menemani
Cuba digapai namun hampa jawapannya
Semakin dikejar semakin menjauh
Keluh, hela, hembus...
Semuanya beritma perlahan
Bagaikan dunia berputar lemah
Terlalu lemah hinggakan kaku
Apakah ini mimpi?
Jika ya, bangkitkanlah aku...
Aku enggan berada dalam mimpi ini
Begitu perit, begitu pahit, begitu sakit...
Terlalu kejam untukku layari
Kejutkanlah aku...
Agarku kembali ke alam realiti
Walaupun ada ketikanya
Realiti itu amat menakutkan
Namun, realiti itulah hakikat
Hakikat yang tak mungkin dihalangi
Walau berjuta kali cuba ditidakkan
Walau berjuta kali cuba disifarkan
Kejutkanlah aku...
Kerana mimpi membuatkan aku tenggelam
Hilang tanpa kewujudan diri
Lenyap.
Labels:
Mimpi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment