Nuffnang Ads

Tuesday 16 July 2013

Fotografi: Lantana Camara

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hai-hai...hehe. (^_^)//
Maaf sebab sudah lama tidak update blog.
Waaa~~ sumimasen! (>_<)

Sebenarnya bukan apa...
Saya lebih suka membaca dan membaca dan membaca.
Huahua...

[Alasan sebenarnya tiada idea nak update pasal apa. Huhu...]

Disebabkan oleh sesuatu perkara yang err tidak dapat dielakkan, saya tidak dapat update blog ini dengan lazimnya. Namun, in shaa Allah... selepas raya saya akan update dengan lazimnya. In shaa Allah... [sob sob sob]

Oh, tetiba semalam saya dapat idea untuk mengupdate blog yang sudah agak bersawang ini. Huhu... dah ada labah-labah singgah dah, siap buat rumah lagi di sini. Huhu... namun kedatangan labah-labah ini dialu-alukan. Hihi... saya suka labah-labah. Agak fanatik jugalah dengan labah-labah. Waa... teringin nak tangkap gambar labah-labah tapi tak ada kamera yang sesuai untuk tangkap gambar fokus dekat. Huu...

[Okay, awak dah merepek wahai Cik Nira Karmila. Apa fokus topik entri ni sebenarnya?]

Opps~ tersasul taip perkara lain. Hehe...maaf maaf. (>_<)>

Ya, kembali kepada topik asal entri ini! Jeng~ jeng~ jeng~

Lantana Camara! Haa... siapa tahu apa itu Lantana Camara?

[Krikk krikk~ krikk krikk~]

Err... saya baru perasan yang saya taip sorang-sorang dan bertanyakan soalan kepada orang yang belum tentu akan baca entri ini. Hoho~ maafkan ke-hyper-an saya pada pagi ini.

Sebenarnya Lantana Camara ialah nama saintifik kepada pokok bunga tahi ayam. Ehh, bunga tahi ayam? Hehe... walaupun namanya agak kurang enak didengar namun bunga tahi ayam ini sebenarnya sangat cantik. Saya suka lihat bunganya yang kecil-kecil dan berwarna-warni. Ya, teramat suka sehingga saya mengambil keputusan untuk menangkap gambar bunga tahi ayam ini lalu dimasukkan ke dalam entri fotografi kali ini. Jyeah!

Okay. Seimbas lalu mengenai Lantana Camara ini yang dipetik daripada Encik Wikipedia. Hoho~

*** 
[Sila baca dengan nada garau dan formal...hoho]

"Pokok Bunga Tahi Ayam atau juga dikenali sebagai Bunga pagar mempunyai nama saintifik Lantana Camara. Ia merupakan spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga verbena, Verbenaceae, yang berasal daripada Amerika Tropik. Ia telah disebarkan ke bahagian lain dunia sebagai tumbuhan hiasan dan dianggap spesies invasif di kebanyakan kawasan tropik dan separa-tropik.

Pokok Bunga Tahi Ayam (Lantana Camara) merupakan sejenis pokok berbunga yang mempunyai bentuk yang cantik tetapi berbau kurang menyenangkan.

Ia merupakan sejenis pokok renek berbulu dan digunakan dalam perubatan Melayu.

Terdapat sekitar 100 jenis Lantana Camara. Ketinggiannya boleh mencapai 3-5 kaki. Kelebaran tumbuhan ini boleh mencapai hingga ke 8 kaki. Batangnya berduri dan daunnya pula berbau yang kurang menyenangkan. Bunga tumbuhan ini berbentuk payung dan mempunyai pelbagai warna antaranya ialah kuning, merah jambu, ungu dan kuning kemerahan.

Warna bunga ini juga berubah megikut peringkat iaitu daripada warna putih ke warna kuning, warna jingga ke warna merah dan warna pink ke warna ros kemerahan. Perubahan warna ini berubah mengikut iklim. Kebiasaannya tumbuhan renek ini hanya didapati di negara-negara beriklim lembap sahaja. Buahnya pula berbentuk tangkai, berwarna hijau, merah dan biru kehitaman. Pokok Lantana Camara ini lazimnya sangat jarang dirosakkan oleh serangga ataupun haiwan, hal ini kerana pokoknya yang beracun."

*** 
Haik... itulah serba-sedikit info daripada Encik Wikipedia kita. Hoho~

Dan jeng jeng jeng~

Ini pula gambar-gambar yang telah saya tangkap dan edit semalam. Ya, edit. Tak ada original di sini. Haha... enjoy the pictures!!! (^_^)//

[Bunga tahi ayam ini sebenarnya ialah kepunyaan emak saya. Ya... sekali lagi pokok bunga emak saya menjadi mangsa saya. Hoho~]

[Lantana Camara I]

[Lantana Camara II]

[Lantana Camara III]

[Lantana Camara IV]

[Lantana Camara V]

[Lantana Camara VI]

[Lantana Camara VII]

[Lantana Camara VIII]

-THE END-
Capture by Nira Karmila. :)


8 comments:

  1. Cantiknya.. pandai Nira snap picture.. Ni guna xperia jugak ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.
      Tiada kamera lain selain xperia.
      Hehehe... :D

      Delete
  2. Kombinasi warna bunga tu cantik. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan??
      Warna pink dan kuning~

      Dua bulan lepas, pokok bunga Lantana Camara ini berwarna jingga kemerahan.

      Agak pelik juga apabila tetiba semalam jadi warna pink campur kuning. Apabila baca di wikipedia baru tahu, rupa-rupanya pokok bunga Lantana Camara ini warna bunganya mengikut iklim. Hee... :D

      Delete
  3. apa ke peliknya bunga tahi ayam akak ni? atau Tedi x kenal Lantana Camara?... hehehe

    ReplyDelete
  4. Owh, bunga tahi ayam ini ada banyak jenis.
    Mungkin yang tedi kenal tu bunga tahi ayam marigold bukan bunga tahi ayam Lantana Camara.

    Hee.. :D

    ReplyDelete