Nuffnang Ads

Sunday 5 May 2013

Fotografi: Tinggi-Tinggi Sayang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Haip!! Helloo~~ haha. Dah lama tak taip entri.
Waaaa~~ (>_<)

Hehe...oh hari ini 5 Mei ya? Woahh~~undi undi! Haha..
Nah...tak mau cerita pasal undi.
Kali ini saya mahu kongsikan gambar-gambar yang telah saya tangkap semalam.
Semalam, 4 Mei 2013. Ya, saya pulang ke kampung. Melawat nenek sebelah ibu yang sakit di Raub, Pahang.

Suasana kampung...
Hmm..aman, damai, tenang, banyak suasana kehijauan alam.
Aiceh...hehe.

Oh, kali ini saya tangkap gambar pokok kelapa!
Haha...apa yang bestnya pokok kelapa ni?
Tak ada apa yang cantik pun kan?
Eh, salah tu!
Tahukah anda, pokok kelapa mempunyai banyak kelebihan?
Kesemua bahagian pokok kelapa berguna. Erm..kemungkinan kecuali bahagian akar sahaja yang tak boleh digunakan. Huhu...

Kelebihan Pokok Kelapa:

  • Batang Kelapa: Boleh buat titi dan juga sebagai bahan pembinaan rumah misalnya papan, dinding dan lantai.
  • Daun Kelapa: Boleh dibuat sebagai pembalut makanan. Hoo..ketupat! Ketupat! Hehe..itu salah satu contohnya laa~
  • Lidi Kelapa: Boleh buat penyapu lidi. Waa~ waktu kecil dahulu selalu hiris daun kelapa nak buat penyapu lidi. Hehe...
  • Sabut Kelapa: Boleh dibuat tali.
  • Tempurung Kelapa: Boleh diproses menjadi ubat nyamuk dan barangan kraftangan. Yeah, kreatif!
  • Serbut sabut: Boleh dibuat sebagai bahan reput dan kompos dalam pertanian.
  • Minyak: Boleh dibuat sebagai minyak masak, minyak pelita dan juga sabun.
  • Air Kelapa: Air daripada buah kelapa juga boleh diminum dan isinya lembut malah boleh dimakan mentah. Kalau ada yang mengalami sakit seperti demam, bolehlah minum air kelapa untuk menurunkan suhu panas badan.

Okay..itulah antara kelebihan pokok kelapa. Hebat bukan ciptaan Allah? Allah jadikan sesuatu itu atas sebab-sebab tertentu. Subhanallah... Maha Suci Allah.

Oh, iya...fotografi kali ini saya namakan "Tinggi-Tinggi Sayang". Hee...enjoy the pictures! (^_^)/


[TTS I]

[TTS II]

[TTS III]

[TTS IV]

[TTS V]

[TTS VI]

[TTS VII]

[TTS VIII]

[TTS IX]

[TTS X]

[TTS XI]

[TTS XII]


#Opps...yang ini special case! Hehe...guna black and white pula!

[TTSBW I]

[TTSBW II]


-THE END-
Capture by Nira Karmila. :)


2 comments:

  1. Memang suka snap picture ek?? Kreatif.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup! Snap picture ini hanya hobi sahaja. Hehe..suka-suka.

      Delete