Nuffnang Ads

Saturday 11 May 2013

Cerita Hari Ini: Awak Cantik



#Tempat: Pertandingan Taekwondo di Stadium Matsushita, Shah Alam.


"Awak...kawan saya kata awak cantik!"

Oh, okay...percayalah! Aku benar-benar terkejut apabila ada seorang budak lelaki berkata begitu kepada aku. Siapa yang tak terkejut? Apabila tiba-tiba sahaja ada orang menegur dan mengatakan diri kita ini cantik. Terkejut bukan?

Budak lelaki yang berasal dari Sarawak itu tersengih. Kawan yang dia maksudkan pula menggerutu perlahan. Memarahi si dia yang menegurku itu, dalam diam. Nampaknya, kalau ikutkan telahan aku, bukan kawan dia yang berkata begitu. Aku rasa dia sendiri yang mahu ungkapkan perkataan itu namun dia mungkin malu lalu menggunakan nama kawannya.

Hehe... aku menahan lucu di dalam hati. Dari perasaan terkejut mendengar pujian daripada si dia, hadir pula perasaan berbunga gembira. Alahai... jujur aku katakan, pujian yang dia berikan itu, sedikit sebanyak berjaya menggembirakan hati aku ini.

Apa reaksi aku setelah mendengar pujian daripada si 'kawan' dia itu? Aku tersenyum. Tersenyum kecil sahaja. Haip...kena control ayu. Haha..takkan mahu tersengih lebar pula bukan? Sudah dipuji cantik. Hehe...

Si dia tersengih apabila aku hanya mampu membalas dengan senyuman. Tidak lama kemudiannya, dia kembali berbual dengan kawannya. Bergurau... pukul-memukul. Hehe... aku tersenyum kecil lagi melihat telatah keanak-anakan mereka berdua itu. Nampak gayanya, mereka berdua ini masih bersekolah menengah lagi. Haiyoo... adik rupanya! Hahaha... aku tertawa di dalam hati. Mana tidaknya... yang puji aku itu masih bersekolah lagi walhal aku? Budak yang baru sahaja menamatkan persekolahan menengahnya. Gehehe...malu-malu! Adik puji akak cantik... hihi.

Oh, terima kasih adik! Pujianmu itu sedikit sebanyak berjaya menggembirakan hati akak ni. Heee... (>_<)


4 comments:

  1. hamboi. suke la tu, anyways follow sini.gaya penulisan yang sangat menarik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee...
      Terima kasih Sieyla Alissa.
      Datang-datanglah selalu ke blog ni.
      Hihi... ;)

      Delete
  2. Wooooo .... fewwwiiiittt .... adik ngurat kakak .. hahaha.. hensem ke ? aicecehh ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Errmm..boleh laa tahan.
      Aiceh...haha ;)

      Delete