Nuffnang Ads

Saturday 20 October 2012

Lagu: Tidurlah, Sayang...



Pejamkan mata
Tidurlah wahai sayang
Jangan kau buka
Hinggalah hari siang.

Tidurlah dengan lena
Mimpilah yang indah
Daku ada di sisi
Setia untuk menemani.

Jangan engkau menangis
Kesatlah air matamu
Berilah senyuman manis
Hilang segala dukamu.

Tidurlah, sayang...
Tidurlah, sayang...
Tidurlah, sayang...
Tidurlah, sayang...


P.S. : Digubah untuk para ibu yang mahu tidurkan bayinya...hehe ini pun boleh buat melodi sendiri ya? Tapi kena nada melankolik laa... :)


Lagu: Riang Dalam Sedih



Awan berarak
Mendung berlalu
Kita bersama
Seperti dulu
Tak mungkin ada
Peristiwa perit
Di dalam kamus
Hidup kita...

Cahaya malap
Kini sudah terang
Marilah kita
Nyanyi lagu riang
Jangan sedih lagi
Wahai sayang
Itu hanyalah
Laskar ujian...


P.S : buat tune sendiri ek? Humminglah macam mana pun...hehe



Tuesday 16 October 2012

Cerita Hari Ini: Jadilah Seperti Si Kura-kura




Belajar mengenal erti kesusahan dalam hidup.

Bertatihlah menuju ke puncak kejayaan.
Tidak perlu berlari jika tidak mampu.
Biarlah lambat seperti kura-kura.
Asalkan kejayaan berjaya dihampiri.

Jangan menjadi seperti sang arnab.
Leka dan khayal dalam dunianya sendiri.
Terlalu bangga dengan kelebihan diri tetapi tidak menggunakannya dengan baik.

Ayuh, marilah menjadi seperti si kura-kura!
Biar lambat asalkan berjaya.
Hihi... mahukah?


P.S. Tapi saya tak nak jadi kura-kura. Saya nak jadi diri sendiri~ huhu :P

Credit: Status FB owner blog ini...hahak! XD



Sunday 14 October 2012

Fotografi: Malam Lestari Kasih SMKHK 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera... (^_^)
Hello~ hello~ hehe... tiba-tiba mood baik pula nak taip entri . Saja-saja mahu kongsi pengalaman. Hehe...

Malam semalam sekolah saya ada mengadakan "Malam Lestari Kasih SMKHK 2012". Eh, apa benda tu "Malam Lestari Kasih"? Hah... inilah nak bagitahu ni. Sebenarnya Malam Lestari Kasih ini adalah event makan malam yang dibuat oleh Kelab Staf Guru dan Kakitangan SMKHK. Sempena Anugerah Sekolah Lestari yang diterima oleh SMK Hulu Kelang, maka event ini dinamakan sebagai "Malam Lestari Kasih". Sweet tak? Hehehe...

Event ini hanya dihadiri oleh semua guru dan kakitangan SMKHK. Kiranya anak-anak cikgu dan kakitangan SMKHK pun boleh terlibat. [Pelajar-pelajar pula bagaimana?] Err... pelajar-pelajar tak terlibatlah. Hanya guru-guru dan kakitangan sahaja. Huhu...

Event ini dibuat di Penang Village, Great Eastern, Ampang. Boleh tahan juga tempatnya. Reka bentuk dalaman restorannya sungguh indah dan agak moden juga. Jikalau ada sesiapa yang mahu buat apa-apa event makan-makan di situ bolehlah. Saya memang syorkan. Hehehe... (^_^)

Saya ada tangkap beberapa gambar malam tadi. Mahu lihat tak? [Kalau dah baca entri ni mestilah mahu lihat bukan? Apa punya soalanlah...-_-]


Hehe... ini gambar saja-saja edit. Suka dengan baju kurung moden yang saya pakai ini. Mak saya yang hadiahkan. [Sayang mak ketat-ketat >.<]



***Sebelum Event Bermula:

Sementara menunggu event yang belum start lagi, sempat juga tangkap gambar dengan kakak sepupu kesayangan. Hihi... comel tak kami? [perasannya... -_-]


MC sedang berbincang dengan penasihat Kelab Staf dan Guru mengenai skrip majlis. Dua MC ini ialah kawan-kawan saya. Suara mereka memang merdu dan sedap setiap kali mereka mengacara sesuatu majlis. Memang selalulah apa-apa event di sekolah, mereka yang menjadi MC. Berbakat besar tau mereka berdua ini!


Sebelum event bermula, jalan-jalan tangkap gambar sesiapa yang datang awal dahulu. Hah... ini gambar guru-guru SMKHK. One Malaysia! Hihi... ;)


Ini abang popular tau. Dialah yang selalu dipanggil untuk membuat persembahan jika ada apa-apa event di sekolah. Sibuk nampaknya dia. Orang tangkap gambar curi-curi pun dia tidak perasan. Huhu...


Ini guru pengawas sekolah kami. Comel bukan? Saya suka dia sebab dia sporting~ hihik. (^_^)


Siapakah jejaka ini? Err~ rahsia! Hihi... (>.<)


Ini gambar dua orang anak GPK HEM. Dan mereka juga ialah abang dan kakak kepada kawan baik saya yang belajar jurusan doktor pergigian di Mesir. Senyum jangan tak senyum... hehe ;P



***Bermulanya Event:


Ucapan pembukaan majlis daripada Puan Pengetua. Kami panggil beliau Mama. :D


Acara makan-makan pula... [Meja VIP] :)


Ini ustazah kami dan suami beliau. Sweet bukan? (>.<)


Lihat apalah tu sambil makan ek?


Kasihan MC... kena makan cepat-cepat sebab mahu handle majlis. Eh, sempat lagi tu tersenyum walaupun sedang melahap!



***AWAS!!! Selepas ini banyak gambar comel! Hehe... (>.<)


Ada persembahan tarian zapin. Saya pun ada menari tau. Cuba teka saya yang mana satu? Eee~ malunya! First time menari depan orang ramai. Huhu... siap ada seorang abang pelayan tanya lagi saya ni memang betul-betul penari jemputan ke? [Psst... ini tergolong dalam gambar comel ke?Err~ -_-]


Pertandingan minum air kotak sampai habis. Umur bawah tujuh tahun. :)


Cepat adik! Minum sampai habis... kihkih... >.<


Ini pertandingan tiup belon pula. Maaf tak dapat tangkap gambar mereka tiup belon besar-besar. Hanya ada klip video sahaja. Mahu lihat? Klik [Sini]


Yay...dapat hadiah sebab dah habis minum air kotak. Hihik... >.<


"Saya pun dapat hadiah juga!" kata si comel. Hehe... ;)


"Saya dapat hadiah patung penguin sebab menang tempat pertama tiup belon sampai pecah!"
[Jealousnya akak... adik! Bagi akak penguin tu... akak nak! Huhu...]


"Saya pula dapat hadiah patung katak." [Lompat si katak lompat! Hehehe...]


Adik yang ini pula dapat hadiah patung Teddy Bear. Tempat ketiga pertandingan tiup belon sampai pecah.


"Adik nak hadiah tak?" ucap bekas pengetua. "Mestilah nak! Geram saya tengok hadiah tu," jawab si kecil. [Hehe...]


Sukanya dia dapat belon dan hadiah sekaligus. (^_^)


Eh, ini bukan adik yang dapat hadiah tadi tu ke? Amboi, bukan main lagi ya dia posing apabila orang tangkap gambar dia! Comel tak dia? Cute sangat~~~

Ini dengan kakaknya pula. Pakaian princess lagi... 
[Kasihan si kakak. Kakak demam... :(  tapi still boleh buat peace lagi!]


PEACE!!! :D


Adik, pandang sini! Akak nak tangkap gambar. Adik, pandanglah sini... alah, tak apalah. Akak tetap mahu tangkap gambar adik juga. Eee, geram betullah tengok muka dia! Comel sangat... rasa nak cubit-cubit aje pipi dia tapi takut mamanya marah pula. Huhu...


Smile dengan pakaian ala-ala jubah Arab.


Fuyoo~ abang pegang iPad! Ni yang jealous nih... >.<


Seronok betul dia main belon. Mana tak seronoknya... dia baling belon tu, saya yang tukang tangkap belon tu kembali. Alahai... penat layan adik ni tapi tetap seronok bermain dengan dia. Suka dengar dia ketawa. Kuat tau! Hihik... ;D


Malu-malu kucing pula dia apabila orang tangkap gambar dia. Tapi tetap tersenyum manis... :D


"I LOVE YOU!" 


Kakak sepupu bersama-sama ibu kesayangan saya. :D


Siapalah tu agaknya ya? Orang ini sedang mendeklamasikan sajak buat seorang kakitangan yang bakal bersara. Dia kata dia nervous waktu bacakan sajak tersebut depan orang ramai. Lagi-lagi dengan lampu yang dimalapkan diiringi dengan muzik yang lembut dan mengasyikkan. Huhu...
[Semua orang pandang! Pekerja-pekerja restoran pun... TIDAK!!!]



***Tamatnya Event:


Bersalam-salaman. Mahu balik dah...


"Adik, jom balik," kata si ibu kepada anaknya. "Yes, mama! Jom balik," jawab si anaknya pula. 
[Hehehe...]



Inilah keluarga yang paling banyak dapat hadiah. Semua acara mereka bolot. Tahniah! Hehehe... 
[Nak patung katak dengan Teddy Bear tu... :( ]



Akhirnya... tamat sudah Majlis Malam Lestari Kasih SMKHK ini. Seronok+Gembira kerana dapat menghadiri majlis ini dan membuat persembahan. Hehehe... pengalaman yang mungkin saya tidak akan lupakanlah. First time buat persembahan tarian zapin. Padahal saya manalah reti menari sangat. Kalau setakat mendeklamasikan sajak itu bolehlah... huhu...

Apa-apa pun majlis itu memang best! Dipenuhi dengan kanak-kanak yang comel dan kenit-kenit belaka. Macam-macamlah telatah mereka yang berjaya mencuit hati saya. Harap-harap pada masa hadapan akan ada majlis seperti ini lagi. Insyaallah... (^_^)



Saturday 13 October 2012

Fotografi: Cute+Funny=Photogenic!

Assalamualaikum... salam sejahtera... (^_^)
Apa khabar semua? Sihat? Hehe... dah lama tak taip entri di blog saya ni. Almaklumlah... sibuk dengan persediaan untuk menghadapi peperiksaan STPM yang bakal menjelang tidak lama lagi. Ah,cuaknya! Tak sampai sebulan sahaja lagi. Huhu...

Walau bagaimanapun, dalam kesibukan hendak menghadapi peperiksaan STPM ini, sempat jugalah MPP Prauniversiti di sekolah saya mengadakan sesi fotografi kelas Tingkatan Enam. Dan kamera yang digunakan ialah kamera handphone saya. Hehehe... biasa-biasa sahaja. Tiadalah guna kamera yang macam photographer profesional tu. Tangkap gambar ini pun untuk suka-suka dan buat kenangan sahaja. Dan kebanyakan gambar yang ditangkap, saya sendiri yang ambilkannya (ada seorang budak junior tolong ambilkan juga). Huhu... minat dalam bidang fotografi itu adalah tapi tidaklah sampai mahu menjadi photographer.

Okey... ini saya nak tunjukkan gambar-gambar "Sesi Fotografi Prauniversiti SMK Hulu Kelang 2012"
Cute+Funny=Photogenic! (^_^)  hehe...


**Sebelum Sesi Fotografi

Hah... ini gambar dua jejaka hangat dalam kelas saya. Yang berdiri di belakang itu KP sekolah saya. Yang di depannya pula kawan baik dia. Amboi... bukan main lagi ya posing mereka berdua ini? Hihik... ;)

Gambar candid! Hehe... comel kan? Lagi-lagi yang gadis dua orang yang sedang buat bentuk 'love' tu! Hihik... Eh, siapa yang tiba-tiba tertiarap di atas kerusi itu? Nak berenang ke? Mahu ganti Brian Lomas agaknya... hehe. Itulah satu-satu jejaka Chinese dalam kelas kami. Nama dia 
Stephen Gerard Cole (nama di Facebook). Our Londoy Boy... ;P

Hai, leng chai ini... boleh pula dia buat sesi foto secara solo di depan saya ini. Orang nak tangkap gambar beramai-ramai. Tiba-tiba dia datang melompat di hadapan saya. 



+++Seterusnya gambar-gambar candid yang lain pula. Lihatlah ekpresi muka mereka. Ada macam-macam gaya lagi. Hehehe...


Tunjuk apalah tu agaknya ya?


Macam pasangan pengantin pula dua orang yang duduk di hadapan tu...hehe >.<


Ayu+Macho (^_^)


Senyum...jangan tak senyum! :D


Opps! Tiba-tiba tumbuh tanduk dua pula...hehe :P


Empat orang anak dara pingitan. Available ke tidak ini? Hehehe...


***Sesi Fotografi Bermula



Formal... :)


Non-formal... :)


***Sesi Fotografi bagi Enam Rendah Pula



Abang yang pegang tiang itu macam pegang tiang bendera pula. Semangat patriotik berkobar-kobar. Bagus... inilah contoh pelajar Sejarah. Hihi... ;)


Hah... ini adik-adik junior saya. Manis-manis belaka... belajar rajin-rajin ya adik? :D


Posing... jangan tak posing!



Formal bersama-sama guru kelas... :)



Formal bersama-sama semua guru prauniversiti... :)



Non-formal... :)


Okey... ini sahaja yang saya mahu kongsikan. Seronok+teruja sepanjang sesi fotografi ini dijalankan.Walaupun gambar sendiri tak banyak. Huhuhu... tak apa. Saya lebih suka tangkap gambar. Gembira lihat reaksi orang lain. Ada yang happy... ada yang suka buat muka comel... ada yang gila-gila sikit. Hihik... harap-haraplah foto-foto yang ditangkap ini akan menjadi memori indah buat kami semua pada kemudian hari nanti. Insyaallah...